KLServer

PROGRAM INTERAKTIF TUISYEN RAKYAT 1MALAYSIA (iTR1M)

| 29/06/2012

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah melancarkan Program Interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) yang menyediakan tuisyen percuma kepada 10,000 pelajar di Selangor. Projek perintis iTR1M untuk Selangor itu akan memanfaatkan pelajar yang tidak mampu menghadiri kelas tuisyen berbayar tetapi bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun ini.

Program iTR1M akan bermula dari 18 Jun 2012 hingga Oktober itu dilaksanakan di sebanyak 107 sekolah, iaitu 30 sekolah menengah dan 77 sekolah rendah di Selangor, membabitkan 350 guru yang memberi tuisyen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Beliau juga menekankan, pelajar di pedalaman dan luar bandar atau keluarga miskin di bandar harus diberi sedikit keistimewaan daripada segi akademik supaya berpeluang dalam perjalanan mencapai mobiliti sosial untuk memperbaiki taraf hidup.


Tags: , , , ,

Category: INFO SEMASA, PENDIDIKAN DAN KERJAYA

Comments are closed.