E-PANGKAT | SISTEM KENAIKAN PANGKAT GURU ONLINE KPM

| 30/06/2012 | 5 Comments

e-Pangkat | Sistem Kenaikan Pangkat Guru Online KPM | Ianya diwujudkan bertujuan untuk memudahkan urusan permohonan, kelulusan dan sebagainya dalam urusan kenaikan pangkat guru. Sebelum ini banyak masalah menyebabkan kenaikan pangkat guru tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. Dengan e-Pangkat, pengguna (guru/calon) boleh memasukkan, menyemak dan mengemaskini maklumat mereka dari masa ke semasa.

Dalam erti kata lain, e-Pangkat adalah aplikasi dalam talian (online) yang berintegrasi dan komprehensif bagi membolehkan pengguna memohon dan memproses sesuatu urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) di bawah KPM. Pembinaan sistem e-Pangkat adalah bertujuan untuk menangani isu kelewatan, keciciran dan pertindihan urusan kenaikan pangkat.

SEMAKAN KENAIKAN PANGKAT ONLINE

KLIK SINI —->> SEMAKAN KENAIKAN PANGKAT ONLINE

KLIK SINI UNTUK KE —>> E-PANGKAT | SISTEM KENAIKAN PANGKAT GURU ONLINE KPM

KLIK SINILAMAN WEB RASMI e-PANGKAT

Sebagai makluman, berikutan masalah capaian kepada ePangkat yang kerap berlaku, tempoh pengemaskinian maklumat di dalam ePangkat yang sepatutnya berakhir pada Jumaat, 29 Jun 2012 akan dilanjutkan kepada 15 Julai 2012. Harap maklum. Sebarang permasalahan atau pertanyaan mengenai urusan kenaikan pangkat sila rujuk ke http://www.moe.gov.my/naikpangkat

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menggunapakai sepenuhnya Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) bagi semua urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta untuk mengemaskini data dengan lengkap dan tepat bagi semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) di bawah pentadbiran jabatan/sekolah masing-masing. Ketepatan maklumat amatlah penting di dalam Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) kerana ianya akan memberi kesan terhadap semua urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat yang berkemungkinan akan berlaku keciciran. Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, semua sekolah telah diberi taklimat tentang tatacara penggunaan Sistem Naik Pangkat (ePangkat) oleh pegawai Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.

Anda juga boleh memuat turun maklumat berkenaan e-Pangkat dibawah :

  1. Tentang ePangkat 
  2. Tatacara Pendaftaran Pengguna 
  3. Manual Pengguna Biasa V3 

NOTA : Sistem ePangkat kini dibuka secara berterusan untuk Ketua Jabatan membuat pengemaskinian dan pengesahan maklumat PPP dan AKP lantikan tetap Suruhanjaya Perkhidmatan (SPP) di bawah Pentadbiran masing-masing. Sebarang masalah mengenai Sistem ePangkat sila kemukakan ke epangkat@moe.gov.my


Tags: , , , ,

Category: INFO KAKITANGAN AWAM

Comments (5)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. TEH CHENG YONG says:

    pertanyaan tentang stastus kenaikan e pangkat guru 2015

  2. 1.Pembantu operasi n11 membuat kerja di Pss
    2.Pembantu operasi n11 membuat kerja yang memperbaiki wayar
    untuk guru sekolah.
    3.Pembantu operasi n11 memproses buku/print barkod/meletak
    kertas di belakang buku setiap buku.
    4.Pembantu operasi n11

  3. 1.I must be honest to do my work in the library.
    2.If I am free I have to finish all my work in school no
    teacher can help me to proses all my book in the library
    3.I start my work from 06.30am to 05.00ptg.Sometimes I went
    back at 06.30am to 4.00ptg until 5.00mlm.Guru ada extra class during
    afternoon time mengajar murid di Kelas ialah Pengajian
    Am.Not that I dont want to go back early also
    complain Pembantu Operasi N11 earlier.

  4. 1.If I come to school late surely the teacher complain
    Pembantu Operasi N11 atau Pembantu Tadbir N11 guru tidak
    boleh tolong saya menjalankan tugas di library.
    2.Guru mesti mengajar murid di kelas sahaja.Waktu Sekolah
    ada mesyuarat Am di Bilik Wawasan pintu/lampu tak tutup
    semasa balik ke rumah pun semua Pk-Pk/kk Ting 6/ Hari
    Ahad.
    3.Non Teaching Staff ada kerja hari Sabtu dan Ahad di
    Pejabat Am selalu bula- bula aku.

Leave a Reply

Your email address will not be published.