HARGA MINYAK PETROL RON97 TURUN 20SEN HARI INI

| Jul 5, 2012 | 0 Comments

Harga Runcit RON97 Turun 20 sen Berkuatkuasa 5 Julai 2012 | Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa hari ini. Dalam satu kenyataan semalam, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata keputusan menurunkan harga berkenaan berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 yang menurun.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula hari ini. Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal yang mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran dari semasa ke semasa, katanya. Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lalu.


Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.