MULA191014TAMAT190115
KLServer

POLIS TAHAN UNCLE SEEKERS

| Jul 5, 2012

Polis Tahan Uncle Seekers | Pihak polis mengesahkan penahanan Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. Pengamal paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas, atau lebih popular dengan gelaran Uncle Seekers, ditahan dekat Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan, pagi tadi.

Penahanan beliau dipercayai berkaitan artikel dalam laman blognya, uncleseekers.blogspot.com. Beberapa laporan polis dibuat berhubung artikel itu. Artikel dalam blog beliau itu juga turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.


Tags: , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.