MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

10 CARA TANGANI MASALAH KEWANGAN KELUARGA

| Jul 11, 2012

10 Cara Tangani Masalah Kewangan Keluarga | Masalah kewangan. Itu antara penyebab utama maslaah keluarga berlaku. Jika tidak ditangani dengan segera, mungkin perkara yang lebih serius akan timbul. Jadi, sekiranya anda dan pasangan sering bertelingkah apabila bercerita tentang wang dan perbelanjaan rumah, jangan hanya mendiamkan diri. Segeralah bertindak.

Suarakan pendapat anda dan ajak pasangan berbincang dengan cara yang baik. Ketahuilah bahawa kegagalan anda mengajak pasangan berbincang tentang masalah kewangan mungkin mengheret anda berdua kepada masalah yang lebih buruk seperti keretakan rumah tangga. Oleh yang demikian, sebelum keadaan menjadi kronik, lakukan yang sepatutnya. Bersama-sama ini ada beberapa langkah yang perlu anda dilakukan :

  1. Anda mestilah berani bertanya kepada pasangan tentang rutin perbelanjaannya. Berapakah gajinya, apakah yang dibayar setiap bulan dan adakah dia membuat simpanan?
  2. Bacalah buku-buku yang ada kaitan dengan pengurusan wang. Selain buku, anda boleh juga merujuk kepada individu-individu yang mahir tentang kewangan agar anda dapat memperbaiki cara anda dan pasangan mentadbir pendapatan.
  3. Ajak pasangan berbincang tentang perancangan masa hadapan. Cari cara terbaik untuk memastikan anda berdua mampu menghadapi alam persaraan dengan tenang tanpa sebarang masalah kewangan.
  4. Anda berdua juga disarankan agar sentiasa mencari jalan untuk menambahkan pendapatan keluarga. Pada masa yang sama, cari juga cara untuk berjimat tetapi bukan yang menyusahkan.
  5. Pastikan bajet bulanan anda mencukupi. Langkah yang bijak sekiranya anda dan pasangan sediakan satu peruntukan khas bulanan dengan nama ‘Duit Rumah’. Duit itulah anda akan gunakan untuk bayaran sewa (ansuran) rumah, pembelian barangan dapur, bayaran bil utiliti dan sebagainya.
  6. Senaraikan dulu barangan yang ingin dibeli sepadan dengan bajet yang telah ditetapkan. Barulah anda boleh membuat pembelian yang terancang.
  7. Pastikan anda dan pasangan tidak lupa untuk menyediakan tabungan khas kecemasan. Wang tersebut hanya boleh digunakan jika berlaku sebarang kecemasan seperti kereta rosak dan sakit. Walau bagaimanapun, pastikan wang tersebut diganti semula selepas digunakan.
  8. Dalam urusan kewangan keluarga, anda dan pasangan haruslah saling bekerjasama dan bukan hanya mengharap sebelah pihak sahaja. Masing-masing perlu ada peranannya sendiri.
  9. Pastikan anda dan pasangan membuat mesyuarat kewangan setiap bulan.
  10. Jika rasa ‘Duit Rumah’ tidak mencukupi, apalah salahnya berbincang dan cubamenambah peruntukan berkenaan.

Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.