ANITA SARAWAK HILANG DITEMUI SUDAH BERTUDUNG DI TEXAS

ANITA SARAWAK HILANG DITEMUI SUDAH BERTUDUNG DI TEXAS

0 1008

Anita Sarawak Hilang Ditemui Sudah Bertudung di Texas | Kini hampir genap dua tahun penghibur sensasi, Anita Sarawak, 60, dan suaminya Mahathir Abdullah, meninggalkan tanah air tanpa diketahui di mana dia berada atau punca penyanyi Seksis itu menghilangkan diri. Ramai yang tertanya-tanya kemana Anita Sarawak telah membawa diri atau apa khabar beritanya sekarang.

Namun berita terbaru yang ammboi baca tersiar dalam sebuah akhbar, baru-baru ini, sekumpulan peminat mendakwa terserempak penghibur tersohor itu di Texas, Amerika Syarikat (AS) dengan penampilan yang cukup berbeza. Mereka mendakwa, penyanyi yang pernah bermastautin dan menghiburkan pengunjung di Ceaser Palace, Las Vegs itu mengenakan jubah serta bertudung ketika ditemui di sebuah kompleks beli-belah.

Namun, ketika itu, Anita yang mesra dipanggil Kak Nita dilihat berjalan sendirian tanpa ditemani suami, Mahathir Abdullah. Salah seorang daripada peminat yang hanya mahu dikenali sebagai Adi berkata, mereka melaungkan nama Kak Nita dua kali dan penyanyi itu sempat menoleh sekali sebelum bergegas meninggalkan lokasi berkenaan.

p/s : adakah itu benar-benar Anita Sarawak atau siapa?