PENJELASAN APEX – ‘SAYA BERLAKON KERANA AMANAT ORANG’

| 11/07/2012 | 0 Comments

 

Penjelasan Apex (Khairul Fahmi Che Mat) Kenapa Dia Berlakon Iklan TV Semua Boleh Bolt | Apek tampil memberi penjelasan kenapa beliau menerima tawaran berlakon setelah lakonannya menerusi drama pendek online yang berjudul Semua Boleh Bolt menimbulkan salah faham segelintir pihak dan ada suara sumbang mendakwa Apex sudah berubah sikap menjadi individu yang cakap tidak serupa bikin memandangkan dia pernah mengakui sebelum ini bahawa tidak akan berkecimpung dalam dunia lakonan.

Bagaimanapun, Apex yang tenang menghadapi tohmahan ini memberitahu lakonannya dalam video berkenaan hanyalah sebagai menjalankan amanat yang diberikan kepadanya sebagai duta jenama Puma. Jadi, lakonannya ini hanyalah untuk promosi produk terbaru dan lebih kepada melunaskan amanat atau janji. Beliau pun hanya akan berlakon untuk iklan TV saja terutama sekali iklan yang membabitkan dirinya sebagai duta.

Dalam pada itu, Apex menegaskan tidak akan berkecimpung dalam dunia lakonan sepenuh masa untuk sementara waktu kerana mahu fokus kepada kerjayanya sebagai atlet negara. Bagaimanapun, Apex dengan rasa rendah diri memohon maaf seandainya penglibatan dalam iklan ini telah mengguris dan menyinggung pihak yang menyokongnya selama ini.

Anda boleh tonton Semua Boleh Bolt – Part 1 dan sambungan episod kedua Semua Boleh Bolt – Part 2 boleh ditonton mulai hari ini.

 


Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.