BALISTIK – FILEM AKSI TERBARU SUHAN MOVIES

BALISTIK – FILEM AKSI TERBARU SUHAN MOVIES

0 235
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Balistik – Filem Aksi Terbaru Suhan Movies | Suhan Movies, produksi milik pelakon terkenal, Rosyam Nor kembali memeriahkan industri perfileman tempatan apabila memperkenalkan filem terbarunya berjudul, Balistik. Balistik merupakan sebuah filem aksi yang mengangkat tema gangsterism dengan suntikan drama dan kasih sayang selain membawa mesej tersendiri kepada penonton tempatan.

Rosyam Nor nyata optimis dengan filem ini berdasarkan kelainan yang dibawakan selain menyambung kesinambungan di atas kejayaan filem terdahulunya iaitu Castello sebelum ini. Namun tidak seperti filem aksi yang lain yang lebih banyak babak pergaduhan secara fizikal, filem ini 55% menggunakan senjata. Balistik bukan saja membariskan pelakon terkenal dengan lakonan yang hebat, malah filem ini turut mempamerkan sebuah plot cerita, aksi dan kemelut dunia gangsterism yang penuh drama dan air mata.

Sinopsis Filem Balistik | Balistik mengisahkan perjalanan hidup Saga lakonan Rosyam Nor yang bekerja sebagai pembunuh upahan. Saga juga merupakan suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar). Kegiatan aktif Saga dalam dunia kongsi gelap membuatkan kehidupannya berisiko tinggi dan sentiasa terdedah kepada bahaya. Gaya hidupnya memaksa Saga untuk mengambil keputusan berpisah dengan Salina. Namun, anaknya di bawa bersama.

Enam tahun kemudian, Saga sudah pun membina hidupnya dengan aktif dalam dunia gangsterism bersama temannya, Jack (Jack Lim). Rykarl dibesarkan oleh Saga tanpa kasih sayang seorang ibu. Anak kesayangannya yang sudah pun bersekolah tadika itu sangat rapat dengan gurunya, Zira. Keakraban ini akhirnya mewujudkan rasa sayang Zira kepada Saga, ayah Rykarl.

Setelah sekian lama, Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu, Salina sudah pun berkahwin dengan Nizam lakonan Ady Putra yang merupakan rakan baik Saga di rumah anak yatim sewaktu kecil. Saga dan Nizam tersepit dalam dua situasi, Nizam yang berdiri di landasan undang-undang dan Saga yang terpaksa menurut arahan ketuanya untuk membunuh rakan baiknya, Nizam.

Barisan Pelakon Filem Balistik | Filem ini akan dibarisi oleh pelakon-pelakon popular seperti Rosyam Nor, Rita Rudaini, Adi Putra, Raykarl, Dato’ Rahim Razali, Jack Lim dan Mei Yan.

Trailer Balistik akan dimuatkan kemudian