DIVIDEN TABUNG HAJI 2012 MUNGKIN LEBIH TINGGI

DIVIDEN TABUNG HAJI 2012 MUNGKIN LEBIH TINGGI

0 155

Dividen Tabung Haji 2012 Mungkin Dibayar Lebih Tinggi | Ini pula berita semasa mengenai Lembaga Tabung Haji (LTH). Dijangka Tabung Haji mungkin dapat mengagihkan dividen tinggi tahun ini kepada pendepositnya susulan pulangan menarik daripada pelaburan ditambah dengan hasil daripada penjualan pegangannya dalam syarikat perladangan di Indonesia.

Pada tahun lepas, Tabung Haji telah mengagihkan dividen enam peratus kepada semua pendepositnya. Jika pembayaran pada tahun ini lebih tinggi bermakna komitmen Tabung Haji senantiasa berusaha keras untuk memastikan modal pendeposit terus dilindungi dan dalam masa yang sama memberikan pulangan berbaloi kepada 6.9 juta pendeposit (sehingga Februari 2012) dalam Tabung Haji.

Pulangan tinggi daripada pelaburan membolehkan LTH terus menyerap sebahagian daripada kos mengerjakan haji bagi rakyat Malaysia yang meningkat setiap tahun disebabkan faktor-faktor luar yang berbeza iaitu LTH menanggung subsidi bagi setiap jemaah yang meningkat kepada RM5,175 daripada RM4,320 tahun lepas.

Mengenai cadangan penjualan 95 peratus pegangan Tabung Haji dalam On PT TH Indo Plantations yang bernilai RM3 bilion, Ismee berkata, pembeli sudah diberikan tempoh sehingga akhir Ogos untuk menyiapkan proses kajian terperinci. LTH pertama kali membeli pegangan itu pada 1997 dengan harga antara RM800 juta hingga RM1 bilion. Unit di Indonesia itu memiliki tanah perladangan seluas 83,879 hektar di Riau, Sumatra, daripada jumlah simpanan tanah LTH sebanyak 210,000 hektar. Tabung Haji juga mempunyai enam lagi anak syaikat milik penuh dalam sektor perladangan — TH Agro Sdn Bhd, TH Bakti Sdn Bhd, TH Estates (Holding) Sdn Bhd, TH Indo Industries Sdn Bhd dan TH Ladang (Sabah & Sarawak) Sdn Bhd.