KLServer

SETEM KHAS DAN SAMPUL SURAT HARI PERTAMA SYILING BARU 16 JULAI 2012

| 14/07/2012

Setem Khas dan Sampul Surat Hari Pertama Syiling Baru Bermula 16 Julai 2012 | Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan koleksi Setem Khas dan Sampul Surat Hari Pertama bertemakan reka bentuk terbaru wang syiling Malaysia bermula Isnin ini 16 Julai 2012.

Pengeluaran setem itu adalah dengan kerjasama Bank Negara. Produk kali ini mengandungi setem enam persegi berwarna perak bernilai 60 sen yang memaparkan syiling 5 sen dan 10 sen manakala stem berwarna emas dengan nilai sama memaparkan syiling 20 sen dan 50 sen. Terdapat juga lembaran mini yang memaparkan wang kertas bernilai RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100 dijual pada harga RM5 setiap satu.

Koleksi setem baru ini semuanya dicetak pada kertas bersalut perak dan emas dengan perincian unik yang jarang dihasilkan dan ini dilakukan untuk menyerlahkan warna serta reka bentuk syiling baru tersebut. Pengumpul setem digalakkan mendaftar sebagai ahli Standing Order Deposit Account (SODA) untuk mendapatkan setem dan produk filateli lain yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia tanpa perlu beratur di kaunter. Orang ramai boleh melayari laman www.pos.com.my untuk maklumat lanjut.


Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.