KISAH HERO SI KUCING MALANG, HANYA ADA DUA KAKI UNTUK BERJALAN

KISAH HERO SI KUCING MALANG, HANYA ADA DUA KAKI UNTUK BERJALAN

0 185
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Kisah Hero Si Kucing Malang, Hanya Ada Dua Kaki Untuk Berjalan | Ini cerita lama, namun mungkin hari ini rasa terpanggil untuk menulis kisah si comel malang ini. Terpandang gambarnya dekat fanpage facebook tadi, terus rasa nak tahu cerita terkini mengenainya. Apapun, ammboi sedikit hampa, cerita terbaru mengenai Hero yang ada di blog www.kakimotong.blogspot.com hanya pada 15 Julai lepas. Barulah jugak tu kan.

Hero Si Kucing Malang | 2 kakinya dipotong oleh ‘manusia’ yang kejam dek kerana hero dikatakan mencuri ikan dikedainya. Selepas kakinya dipotong, manusia kejam itu telah membuang hero (mungkin jauh dari tempat kejadian). Hero menggelumpur kesakitan menahan derita dek kekejaman manusia yang tak bertamadun itu. Nasibnya agak baik, kerana Papa Hero (pemiliknya sekarang) terjumpa lalu membawa kucing malang itu pulang kerumah. Dengan berbekalkan minyak gamat (masa tu Papa Hero tidak mampu membawa Hero ke klinik), beliau berusaha mengubati Hero.

Hero Kini Ceria Tapi Mungkin Ada Duka | Alhamdulillah, berkat usaha Papa Hero, akhirnya dia mampu melalui detik sukar berkenaan. Siapa sangka, cuma dengan bantuan ubat gamat, umur Hero masih panjang. Itulah berkat keikhlasan hati seseorang. Hero pada mulanya agak sukar untuk hidup hanya dengan 2 kaki, namun kini dia nampak sudah biasa dengan keadaan itu. Kata penjaganya, Hero dah boleh melompat macam kanggaru. Syukur. Ammboi tahu, masih ada duka dalam hati kamu.

Jangan Aniaya Binatang | Pengajaran yang kita boleh lihat disini adalah kita kena jaga juga hati mereka. Mereka juga ada hak untuk hidup atas bumi ciptaan-Nya ini.

JOM LIHAT SEDIKIT VIDEO MENGENAI HERO

p/s : apa berita terkini mengenai hero sekarang? ada sumber tak?