MULA191014TAMAT190115
KLServer

PERINTAH GAJI MINIMUM 2012 DIWARTA

| Jul 17, 2012

Perintah Gaji Minimum Berkuatkuasa 1 Januari 2012 | Kementerian Sumber Manusia telah mengumumkan bahawa Perintah Gaji Minimum 2012 yang diwartakan semalam mengikut Subseksyen 23(1) Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2013 depan bagi majikan yang menggaji enam orang atau lebih.

Namun bagi majikan yang menggaji lima pekerja atau kurang, tarikh penguatkuasaan ditetapkan 1 Julai 2013. Jelas pihaknya lagi, tarikh permulaan kuat kuasa ini juga terpakai kepada majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) tanpa mengira bilangan pekerja. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai warta bertajuk Perintah Gaji Minimum 2012 P.U. (A) 214/2012 boleh dirujuk di www.federalgazette.agc.gov.my.

Antara kandungan warta Perintah Gaji Minimum 2012 itu ialah :

  • Kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam bagi Semenanjung.
  • Kadar gaji minimum RM800 atau RM3.85 sejam bagi Sabah dan Sarawak.

Tags: , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.