KLServer

ASTRO NJOI KINI ADA PEK PAKEJ PRABAYAR

| 25/07/2012

Astro Perkenal Pek Prabayar Astro NJOI | ASTRO mengumumkan pelancaran perkhidmatan prabayar televisyen satelit yang pertama di Malaysia, Prabayar NJOI. Sebagai permulaan, Pek Prabayar NJOI hadir dalam tiga bentuk pakej, Mustika (Astro Citra, Astro Warna, Astro Bella), Indo Pek (Bintang dan Pelangi) dan Filem serta Drama Cina (Celestial Movies, TVB Xing He, Astro Shuang Xing).

Lebih banyak pakej akan diperkenalkan secara berperingkat bagi memenuhi keperluan menonton dan bajet pelanggan. Setiap pakej Prabayar NJOI boleh didapati menerusi baucar prabayar RM20 yang boleh dibeli dari pengedar NJOI yang sah tanpa sebarang yuran langganan berganda atau kontrak.

Selepas melakukan pembelian dan mengaktifkan perkhidmatan prabayar ini, pelanggan NJOI akan menikmati 15 hari akses tontonan pakej prabayar secara serta merta. Tawaran prabayar ini membolehkannya dimiliki oleh mereka yang bukan dari kalangan pelanggan Astro untuk mengakses kandungan hiburan berbentuk umum dan filem premium.

Tawaran menarik ini boleh didapati dengan hanya membayar serendah RM1.33 sehari!

Permohonan Astro NJOi boleh di buat di sini —> I WANT NJOi

Sila layari www.njoi.com.my untuk sebarang maklumat lanjut.


Tags: , , , , , , ,

Category: TEKNOLOGI

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

Sites That Link to this Post

  1. ASTRO NJOI KINI ADA PEK PAKEJ PRABAYAR | Oh Panas! | 25/07/2012