email
MULA 27/10/12 TAMAT 27/06/13 MULA 04/05/13 TAMAT 04/07/13 MULA 18/05/13 TAMAT 18/07/13 KLServer iklanmurah

BONUS SETENGAH BULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM DAN RM500 UNTUK PESARA KERAJAAN

| 25/07/2012
  • Sharebar

Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Pejawat Awam dan Bayaran Khas RM500 Untuk Pesara Kerajaan | Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar Bonus Raya setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan kerajaan juga bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. Bayaran Bonus Raya 2012 itu akan dibuat pada 9 Ogos 2012.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan. Perdana Menteri berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan ketika ini dengan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. Beliau berharap penjawat awam menghargai pemberian bonus berkenaan dan berdedikasi dalam melaksanakan program pembangunan negara.

CARIAN BERKAITAN

  • pek bonus 2012 (21)
  • bonus pesara kerajaan (18)
  • tangga gaji pekerja felda (15)
  • pangkat dan tahap gaji pekerja felcra (1)

Tags: , , , , , ,

Category: Info Kakitangan Awam

Comments are closed.