SISTEM SEMAKAN ONLINE (SSO) PDRM – SEMAK LAPORAN POLIS SECARA ONLINE

| 25/07/2012 | 12 Comments

Sistem Semakan Online (SSO) PDRM – Semak Laporan Polis Secara Online | Pengguna akan berpeluang menyemak status laporan polis yang dibuat melalui Sistem Semakan Online (SSO) bagi memudahkan mereka berurusan dengan pegawai penyiasat.

Sistem Semakan Online (SSO) memudahkan pengguna menyemak status perkhidmatan secara efektif dan efisen. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menyemak Semakan Status Keputusan Repot Polis, Status Saman Trafik, Status Pengambilan Jawatan Kosong PDRM dan Status Permohonan Lesen Am pada bila-bila masa sahaja.

Pengguna hanya perlu mendaftar sebagai pengguna rasmi terlebih dahulu dan seterusnya log masuk ke dalam sistem dengan mengunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

KLIK SINI —>> SISTEM SEMAKAN ONLINE (SSO) PDRM

SSO termasuk di dalam inisiatif MyDistress yang mana ia memberi peluang kepada orang awam menyemak status laporan polis secara telus, melakukan pembersihan terhadap kawasan dikenal pasti sering berlaku jenayah, meluaskan Program Omnipresence (kehadiran polis) dan meletakkan kumpulan sukarelawan di seluruh negara bagi membendung jenayah pecah rumah.

KLIK SINI —>> PANDUAN PENDAFTARAN SISTEM SEMAKAN ONLINE (SSO) POLIS (PDRM)

SSO itu ditubuhkan berdasarkan maklum balas awam yang sering berhadapan kesulitan berhubung dengan pegawai penyiasat, sistem manual yang memakan masa dan kemusykilan berhubung prosedur untuk mendapatkan maklum balas berhubung laporan polis. Menerusi SSO yang terdapat di laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM), orang awam boleh mendapatkan maklumat termasuk nombor telefon pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk kes mereka, status siasatan dan maklum balas pengguna.


Tags: , , , , , , , , , , ,

Category: TEKNOLOGI

Comments (12)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. ahmadsafiybinzainalabidin says:

    a

  2. Anonymous says:

    Kenapa xbole login SSO? ?

  3. norshahlyana says:

    Salam minta bantuan ye,,
    Saya sudah mendaftar SSO tapi ID sy masih belum di pengaktifan lagi,,dan saya masih belum terima email dari SSO UNTUK mengaktif kan ID sy,,
    Kenapa ya

  4. Anonymous says:

    Saya pun sama. Tidak dapat id aktif. Nampaknya ini pon satu Gajah Putih.

  5. ALISTAIR MASSING ANAK GESI says:

    Saya pun sama nak semak id ank saya.

  6. mohd nor says:

    asslammualaikum, saya pon mengalami masalah sama, id belum aktif. saya harap pihak tuan mengambil berat masalah ini.

  7. muhammad Tirmizi says:

    Assalamualaikum mcm mna ya sy sdh mndftr ttp id sy blum ddftrkn ya mohon pnjelasan

  8. Sahz ismail says:

    Sy pn mslh yg sm jg…dh buat pndftrn dh tp bl nk log in…id x wujud atau password salah plk..sdgkn semuanya dh betul dh..

  9. Iena says:

    Harap pihak pdrm dapat beri penjelasan bg masalah di ats..saya jgk mengalami masalah yg sama

    • Anonymous says:

      Eh!! Samalah saya mengalami masalah yang sama pasal pengaktifan id atau email. Tak fahamlah kenapa …

Leave a Reply

Your email address will not be published.