FELCRA AGIH DIVIDEN RM400 JUTA

FELCRA AGIH DIVIDEN RM400 JUTA

0 149
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Felcra Agih Dividen RM400 Juta Kepada 85,000 Peserta Minggu Depan | Menurut sumber mStar Online, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Felcra memperuntukkan sejumlah RM400 juta sebagai bayaran dividen kepada 85,000 peneroka tahun ini. Katanya, dividen itu akan dibayar mulai minggu depan mengikut keluasan tanah peneroka.

Jelas Datuk Seri Mohd Shafie Apdal lagi, dividen tersebut adalah hasil daripada pengeluaran ladang Felcra sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini bermula daripada Januari hingga Jun lalu. Namun, dividen tersebut kurang sedikit daripada tahun lepas atas faktor harga komoditi sawit yang tidak menentu di pasaran global.

Bagaimanapun, Mohd Shafie berkata pendapatan Felcra dijangka mencecah RM800 juta pada akhir tahun ini berikutan pelaksanaan kaedah pembajaan, penanaman sawit secara moden dan terancang yang dilakukan agensi itu bagi mempertingkat hasil ladang. Beliau juga berkata Felcra merancang memperluas kegiatan bagi menambah pendapatan dan mungkin menyertai bidang pelaburan lain.