CUTI SEKOLAH AWAL SEMPENA AIDILFITRI – CUTI BERGANTI PADA 17 OGOS 2012
Sekolah Dapat Cuti Berganti Pada 17 Ogos 2012 | Kementerian Pelajaran menetapkan Jumaat 17 Ogos 2012 depan sebagai cuti berganti sempena Aidilfitri untuk sekolah di negeri yang cuti hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad. Pihak sekolah dicadangkan menggantikan cuti berkenaan pada Sabtu 22 September 2012.
Surat siaran mengenainya yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Sufa‘at Tumin, sudah dihantar kepada semua Jabatan Pelajaran negeri kelmarin untuk tindakan lanjut. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, pula berkata cuti pada Jumaat itu untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai pulang ke kampung menyambut Aidilfitri yang dijangka pada Ahad 19 Ogos 2012.
Kementerian tidak bercadang membenarkan cuti berganti pada 15 dan 16 Ogos 2012 seperti didesak beberapa pihak.
CARIAN BERKAITAN
- cuti berganti 2013 (200)
- cuti sekolah 2013 kementerian pelajaran (34)
- pekeliling cuti ganti 2013 (23)
- cuti sekolah berganti 2013 (23)
- pekeliling cuti raya aidilfitri 2012 (18)
Category: INFO SEMASA





























