PENDAFTARAN KAD DISKAUN POLIS DAN TENTERA – 1MALAYSIA PRIVILEGE CARD

| Aug 8, 2012 | 3 Comments

1Malaysia Privilege Card (1MPrivilege) merupakan satu inisiatif dibawah Strategi Lautan Biru Nasional 6 (NBOS6) yang diilhamkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk memberi keistimewaan (privilege) kepada anggota tentera dan polis yang sedikit sebanyak dapat meringankan kos perbelanjaan harian.

1Malaysia Privilege Card dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato ‘Sri Najib Bin Tun Hj Abd Razak pada 7 Ogos 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Sejurus 1Malaysia Privilege Card ini dilancarkan, penerima kad ahli iaitu anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan dapat menggunakan dengan segera di semua rakan niaga yang mengambil bahagian. Kini terdapat lebih daripada 15 rakan niaga yang telah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam projek yang menarik dan bermanfaat ini. Untuk melihat senarai semasa rakan niaga, klik di sini.

Pendaftaran 1Malaysia Privilege Card (1MPrivilege):

  1. Klik DAFTAR
  2. Isi borang yang disediakan.
  3. Bagi ruang kata laluan isi dengan kata lalun yang anda kehendaki selepas itu isi sekali lagi di ruang pengesahan.
  4. Klik ACCEPT (Hantar).

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal 1Malaysia Privilege Card www.1mprivilege.my.


Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (3)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. msOlundus says:

    confuse..knpa dia bg tentera & polis je, bg la semua kakitangan yg ‘beruniform’ spt kastam, bomba, nurse etc sbb apa rasional polis & tentera je dpt kemudahan ni. sj nak kepastian..tq pada yg prihatin…peace..:)

  2. kureng says:

    kebanyakkan bukan barang asas.
    mydin pun barang makanan asas xleh..syampu, mop, dll je bole

  3. Anonymous says:

    Gula gula je ni..kfc pun ada yg tak nak terima..call no yg tertera di belakang kad pun dah tak ada dlm perkhidmatan..

Leave a Reply

Your email address will not be published.