MULA191014TAMAT190115
KLServer

GAMBAR RAYA LISA SURIHANI DAN YUSRY AIDILFITRI 2012

| Aug 22, 2012

Gambar Raya Aidilfitri Lisa Surihani dan Yusry KRU di Rumah Baru 2012 | Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu gambar raya pasangan aktres popular Lisa Siruhani, 26, bersama pengarah, pelakon dan penyanyi terkenal, Yusry Abdul Halim. 39.

Bagi Yusry, kehadiran Lisa telah mengisi ruang-ruang kosong yang bersarang di hatinya. Bahkan kehadiran Aidilfitri tahun ini dirasakan lebih manis berbanding zaman solonya. Katanya lagi, apabila sudah beristeri terasa hidup lebih lengkap, contohnya raya jauh lagi, isterinya sudah siapkan baju raya awal-awal bukan sahaja untuk dia tetapi termasuk ibu dah ayahnya juga.

Yusry dan Lisa menempah dua pasang baju raya sedondon berwarna biru cair dan kuning keemasan daripada butik Cosry. Seluruh ahli keluarga kedua-dua belah pihak akan berkumpul di rumah baharu Yusry dan Lisa di Country Height Resort, Kajang, Selangor pada hari raya pertama.

Rumah baharu Lisa dan Yusry berkonsepkan gaya Inggeris dan mengambil masa selama 10 bulan untuk disiapkan. Yusry sendiri terlibat secara total dalam proses pembikinannya kerana dia yang mereka bentuk rumah tersebut. Tidak hanya reka bentuk rumah, malah dia juga terlibat dalam pemilihan bahan-bahan untuk rekaan dalaman rumah dua tingkat yang mempunyai enam bilik itu.


Tags: , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.

Semak Gaji Online ePanyata Gaji Fashion Bop - Professional China wholesale agency