MULA191014TAMAT190115
KLServer

KONTROVERSI ADAM DAN HAWA – PEMILIHAN NADIYA NISAA DIPERTIKAI?

| Aug 28, 2012

Kontroversi Adam & Hawa – Pemilihan Nadiya Nisaa Dipertikai? | Drama bersiri, Adam & Hawa terbitan Global Station Sdn Bhd sudah memulakan episdoe pertamanya di saluran Mustika HD (saluran 134). Mungkin ramai yang tertunggu-tunggu drama ini. Biasalah dengan reputasi novelnya yang juga hangat, darama ini juga sudah tentu menjadi perhatian.

Namun dalam kehangatan drama Adam dan Hawa ini, sebenarnya ada beberapa cerita negatif disebaliknya. Drama bersiri yang diarahkan Feroz Kader ini, pada awalnya ada pihak yang mempertikaikan pemilihan Nadiya Nisaa sebagai heroin Adam & Hawa. Kononnya, kenapa Nadisa Nisaa yang dipilih? Kenapa tidak pelakon lain yang lebih gah atau lebih diminati penonton berdasarkan wajah, imej dan personaliti mereka?

Namun, sudah pasti ada sebabnya mengapa pihak penerbit iaitu Global Station Sdn Bhd memilih Nadiya Nisaa untuk digandingkan bersama Aaron Aziz di dalam drama bersiri ini. Lagipun, sudah terbukti bahawa dia mempunyai kaliber sebagai pelakon yang berjiwa. Kalau tidak, tidak mungkin dia berjaya dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem’ di Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) menerusi filem Cun.

Jadi, apa salahnya berikan peluang kepada beliau untuk membuktikan kemampuannya dalam drama ini. Episode pertama mungkin masih suam-suam kuku, siapa tahu ianya akan meletup pada episode-episode akan datang?


Tags: , , , , , , ,

Category: HIBURAN