CUEPACS YAKIN ADA BERITA BAIK UNTUK PENJAWAT AWAM DALAM BAJET 2013

CUEPACS YAKIN ADA BERITA BAIK UNTUK PENJAWAT AWAM DALAM BAJET 2013

0 112

Cuepacs Yakin Ada Berita Baik Untuk Penjawat Awam Dalam Bajet 2013 | Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman yakin isu kebajikan penjawat awam akan disentuh dalam Pembentangan Bajet 2013, yang dijangka pada 28 September 2012 ini, selaras dengan usaha menambah baik kualiti perkhidmatan awam melalui penyampaian berkesan.

Antaranya, Cuepacs juga mahu status pekerja kontrak turut mendapat perhatian kerajaan dalam Pembentangan Bajet 2013. Beliau juga berkata, kebajikan sangat penting dalam mana-mana sektor, sama ada dalam kerajaan atau swasta dan pihaknya mengharapkan satu pembentangan yang baik supaya tidak ada lagi penjawat awam yang bermasalah atau tidak sihat yang akan menyusahkan kawalan.

logo cuepacs

Dengan adanya pelbagai insentif yang diberi kerajaan, seperti bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) serta ekonomi yang sudah baik, beliau berkata isu yang dibangkitkan selama ini, termasuk kenaikan gaji selain penyelarasan bayaran insentif wilayah dan elaun perumahan, perlu mendapat perhatian kerajaan di dalam belanjawan 2013 nanti.

Beliau juga mengulas mengenai  kaedah meningkatkan lagi produktiviti dan pentadbiran efisien, elaun bantuan sara hidup (Cola) juga perlu diberi kepada penjawat awam di Sarawak, yang berbeza dengan bayaran insentif wilayah. Cuepacs berharap segala permintaannya akan dipertimbangkan dan diumumkan dalam Pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 nanti.