PERHIASAN RUMAH YANG DILARANG DALAM ISLAM

PERHIASAN RUMAH YANG DILARANG DALAM ISLAM

0 383
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Perhiasan Rumah Yang Dilarang Dalam Islam | Menghias rumah, sudah tentu ia menjadi hobi umum. Masakan tidak, rumah adalah tempat kita berlindung dan beristirahat. Semua orang sudah tentu inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah. Dalam mencari ketenangan, tentu sahaja kita memerlukan rumah yang bersih dan cantik namun tanpa wujudnya sesuatu yang boleh mendatangkan kemusyrikan kepada kita.

Dalam hadis yg diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Empat unsur yang membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang menyenangkan hati”… Manakala dalam surah an-Nahl (80), Allah s.w.t. berfirman :”Allah menjadikan utk kamu rumah2 kamu sbg tmpt yg menyenangkan“.

Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung. Ini kerana, dalam mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang dihiasi patung. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung”.

Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanaya.

Cacatkan Anggota Patung

Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti patahkan kepala patung tersebut atau yang sewaktu dgnnya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah s.a.w. kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung.

Hari berikutnya pun Jibrail tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad “Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu”. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok”.(Riwayat Abu Daud, Nasai & Termizi & Ibnu Hibban)

Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagung-agungkan lagi. Bagaimanapun, patung-patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan sebegini ini sekurang-kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akan datang cara mendidik anak-anak mereka.

Benda Tidak Bernyawa

Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci al-Quran, pokok, gambar pemandangan atau benda yang tidak bernyawa. Tidak salah dalam Islam membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan lain-lain yang selari dgnnya.

Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar-gambar artis yang memperagakan auratnya untuk tatapan umum atau gambar orang kafir (orang bukan Islam) yg melakukan musyrik terhadap Allah s.w.t. Islam tidak menggalakkan gambar seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau timbul perasaan memuja mereka.

Bagaimanapun, menggantungkan gambar-gambar orang alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan dan kelebihan ilmunya dan Islam mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh. Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga atau haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjdi kenangan.

Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yang diperbuat dari emas dan perak kerana bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akan menimbulkan perasaan bongkak atau sifat sombong, riak dan ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya.

Larangan ini adalah untuk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri dan wujudnya perbezaan atau jurang yang berlebihan antara golongan kaya dan miskin…

Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya akan di makan, tidak disimpan dan tidak kekal maka ia dibolehkan.

Begitu juga halnya dengan permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak dan ia tidak membayangkan ia diagungkan.

Islam juga mengingatkan, orang yang mengukir dan memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya org yg paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah org yg membuat ukiran atau memahat patung ini.. Dalam 1 riwayat ditrgkan: Orang yang menandingi kuasa ciptaan Allah”… (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh padanya, pada hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh itu. Maksud hadis ini ialah, Allah akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh dan ini tentu sahaja merupakan 1 seksaan dan peghinaan kerana bukan kerja manusia meniupkan roh.

Perhiasan Rumah Yang Dilarang Dalam Islam – (Sumber)