KEPUTUSAN UNDIAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UEFA CHAMPIONS LEAGUE) 2012/2013

KEPUTUSAN UNDIAN LIGA JUARA-JUARA EROPAH (UEFA CHAMPIONS LEAGUE) 2012/2013

0 64

Keputusan Undian Liga Juara-Juara Eropah (UEFA Champios League) 2012/2013 | 4 juara liga dalam 1 kumpulan sudah menunjukkan betapa kumpulan berkenaan adalah kumpulan paling panas. Juara Liga Sepanyol, Real Madrid, juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, Juara Liga Belanda, Ajax, dan Juara Liga Jerman, Borussia Dortmund, diletakkan dalam Kumpulan D persaingan Liga Juara Eropah 2013/13.

Kedudukan itu diputuskan menerusi cabutan yang dilangsungkan di Monaco, semalam. Daripada empat pasukan dalam setiap kumpulan, hanya dua pasukan akan layak ke pusingan seterusnya – 16 pasukan terakhir. Chelsea berada bersama juara Serie A, Juventus dalam Kumpulan E. Dua kelab lain ialah Shakhtar Donetsk dari Ukraine dan Nordsjaelland, kelab baru Denmark.

Barcelona, yang ditewaskan oleh Chelsea dalam separuh akhir tahun lalu, digandingkan dengan Benfica dari Portugal, Spartak Moscow (Rusia) dan Celtic (Scotland) dalam Kumpulan G. Juara tiga kali Manchetser United pula berada dalam Kumpulan H bersama SC Braga (Portugal), Galatasaray (Turki) dan CFR-Cluj (Romania).

Bayern pula akan bertemu dengan Valencia dari Sepanyol, Lille (Perancis) dan BATE Borisov (Belarus) dalam Kumpulan F. Juara tujuh kali, AC Milan berada dalam Kumpulan C bersama Zenit St. Petersburg dari Rusia, Anderlecht (Belgium) dan Malaga (Sepanyol).

Juara baru Perancis, Montpellier juga muncul kali pertama. Ia berada dalam Kumpulan B bersama Arsenal, Schalke 04 dan Olympiakos dari Greece. Kumpulan A terdiri daripada kelab berbelanja besar dari Paris, St Germain, Dinamo Kyiv (Ukraine) Porto (Portugal) dan Dinamo Zagreb (Croatia).

Pertandingan akhir Liga Juara-juara akan berlangsung di Stadium Wembley, London pada 25 Mei 2013.

PASUKAN LIGA JUARA-JUARA MUSIM 2012/13

KUMPULAN A
FC Porto, Dynamo Kiev, Paris Saint-Germain, Dinamo Zagreb

KUMPULAN B
Arsenal, Schalke 04, Olympiacos, Montpellier

KUMPULAN C
AC Milan, Zenit Saint Petersburg, Anderlecht, Malaga

KUMPULAN D
Real Madrid, Manchester City, Ajax, Borussia Dortmund

KUMPULAN E
Chelsea, Shakhtar Donetsk, Juventus, Nordsjaelland

KUMPULAN F
Bayern Munich, Valencia, Lille, BATE Borisov

KUMPULAN G
Barcelona, Benfica, Spartak Moscow, Celtic

KUMPULAN H
Manchester United, SC Braga, Galatasaray, CFR-Cluj