HAIZA SELAMAT BERSALIN ANAK LELAKI – IMAN SYAFIE

HAIZA SELAMAT BERSALIN ANAK LELAKI – IMAN SYAFIE

0 48

Haiza Selamat Bersalin Anak Lelaki – Iman Syafie | Tahniah diucapkan kepada penyanyi Haiza, 32, apabila selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras pada malam Ahad lalu. Bayi comel seberat 3.07 kilogram itu dinamakan Nur Iman Syafie yang lahir secara normal pada jam kira-kira pukul 8.37 malam.

Memetik laporan Mstar Online, Haiza nyata amat bersyukur kerana selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya Allah mengurniakan zuriat buat mereka selepas puas berusaha. Haiza dan Norhanaphe mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2007.