MALINDO AIR – SYARIKAT PENERBANGAN TAMBANG MURAH BARU GABUNGAN MALAYSIA DAN INDONESIA

MALINDO AIR – SYARIKAT PENERBANGAN TAMBANG MURAH BARU GABUNGAN MALAYSIA DAN INDONESIA

2 133

Malindo Air – Syarikat Penerbangan Tambang Murah Baru Gabungan Malaysia dan Indonesia | Hasil usahasama antara National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi) dan PT Lion Group akhirnya tertubuhlah sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah baru. Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan syarikat penerbangan berkenaan yang dikenali sebagai Malindo Air.

malindo+air

Malindo Air akan mula beroperasi pada 1 Mei tahun depan (2013) dan akan berpangkalan di KLIA 2. Usaha sama itu, katanya bukan sahaja mencatatkan satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara tetapi juga mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia. Akronim MALINDO – merupakan gabungan nama Malaysia dan Indonesia yang mempunyai nilai sejarah yang amat signifikan, tetapi juga memaparkan pertalian sejarah yang sekian lama terjalin antara rakyat kedua-dua negara. – Malindo Air