LUPAKAN KONTROVERSI DEMI KELUARGA, KERJAYA DAN PELAJARAN – DIRA ABU ZAHAR

| 12/09/2012 | 1 Comment

Lupakan Kontroversi Demi Keluarga, Kerjaya dan Pelajaran – Dira Abu Zahar | Pelakon dan pengacara kontroversi, Dira Abu Zahar, 28, enggan lagi menoleh ke belakang, sebaliknya ingin terus fokus pada perkara lebih penting – keluarga, pengajian di universiti, kerjaya seni, serta perniagaan yang kian berkembang. Kesibukan memikul pelbagai tanggungjawab dalam satu masa sudah cukup mengisi harinya, sekali gus membuatkan dirinya terlupa mengenai kontroversi yang pernah menghambat diri.

Akui isteri pengarah fotografi, Helmi Yusof, 34, hidup perlu diteruskan, manakala setiap ujian yang datang adalah dugaan Tuhan dalam menguji kekuatan insan. April lalu, Dira dikaitkan terbabit dalam insiden pergaduhan di sebuah pusat hiburan di ibu kota. Sehingga kini,kes berkenaan masih belum diketahui keputusannya.

“Sebagai ibu, isteri, pelajar, pelakon dan peniaga, tentu saja saya memerlukan fizikal dan mental yang kuat. Mujur semua insan tersayang memahami, selain memberikan dorongan supaya saya tidak mudah menyerah kalah. Apatah lagi, bukan sesuatu yang mudah untuk menyambung pengajian selepas terikat dengan begitu banyak komitmen,” kata Dira yang pernah merancang mengambil sijil kursus jangka pendek pengajian filem di Los Angeles, California, Amerika Syarikat.


Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.