email
MULA 27/10/12 TAMAT 27/06/13 MULA 04/05/13 TAMAT 04/07/13 MULA 18/05/13 TAMAT 18/07/13 KLServer iklanmurah

NABIL SERTAI BOBOI JADI ‘BOBOI NGE’

| 13/09/2012
  • Sharebar

Nabil Sertai Boboi Jadi Boboi Nge | Semua sudah sedia maklum kumpulan Boboi terdiri daripada Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik. Namun dikhabarkan ada pertambahan ahli baru dalam kumpulan berkenaan. Siapa yang bakal menjadi ahli ketiga Boboi dan adakah nama Boboi akan ditukarkan?

Dalam satu kenyataan media, Afdlin telah mengesahkan yang Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil merupakan ahli baru mereka dalam Kumpulan Boboi. Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh pengarah dan pelawak tersebut ketika sidang media Lawak Ker,Der? 2 semalam. Afdlin berseloroh dan memberikan gelaran kepada Nabil dengan nama “boboi nge’ (Boboi telinga).

“Jika saya dikenali dengan gelaran Boboyot, Harun pula Boboi we jadi tidak kami memberikan nama Boboi nge kepada Nabil kerana telinganya yang capang. Kami mengharapkan agar dapat memberikan yang terbaik kepada penonton melalui gabungan tiga generasi,” kata Afdlin.

Penggabungan ini bukan hanya untuk persembahan komedi Lawak Ke, Der?2 tetapi Nabil bakal menjadi ahli tetap Boboi. Penyertaan Nabil dirasakan mampu memberikan jenaka yang lebih kreatif untuk diberikan kepada para peminat Boboi. Nabil yang sudah lama menyimpan hasrat untuk sama-sama beraksi bersama rakan-rakannya namun hanya memendam hasrat tersebut kerana tidak begitu yakin untuk membuat persembahan secara solo. Kesempatan yang diberikan oleh Afdlin terus diterima oleh Nabil kerana sudah lama dinanti olehnya.

CARIAN BERKAITAN

  • nabil (79)
  • boboi jadi steward (1)

Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.