SAYA SELALU BERGADUH DENGAN AARON AZIZ – NADIYA NISAA

SAYA SELALU BERGADUH DENGAN AARON AZIZ – NADIYA NISAA

0 147
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Saya Selalu Bergaduh Dengan Aaron Aziz – Nadiya Nisaa | Nadiya Nisaa menafikan drama Adam & Hawa menyamai filem Ombak Rindu yang menampilkan Aaron Aziz sebagai hero. Beliau berkata mungkin persamaan  itu muncul dari sudut luaran saja.

“Drama ini langsung tidak sama dengan filem Ombak Rindu. Mungkin orang lihat sama dari segi luaran saja. Dari segi perwatakan dalaman, ia sememangnya berbeza. Saya juga terkejut kerana hero gandingan saya iaitu Aaron seorang yang sangat merendah diri. Setiap kali sebelum berlakon, dia selalu berbincang dengan saya terlebih dahulu.

Beliau juga akui sering bergaduh dengan Aaron Aziz. Namun ianya demi memantapkan watak masing-masing dan berupa usikan semata.

“Pada mulanya, kita orang banyak bergaduh. Aaron pun banyak mengusik saja. Watak dia agak nakal-nakal. Namun, pergaduhan kami hanya untuk mendalami watak saja. Tidak lebih dari tu,” kata Nadiya yang dipetik dalam portal murai.com.my.

Menjelaskan mengenai watak Hawa dan Izzah, Nadiya menyangkal dakwaan berkemungkinan besar Izzah akan tenggelam dengan watak Hawa. Sebaliknya, masing-masing ada kekuatan sendiri.

“Izzah digambarkan sebagai seorang gadis kampung yang sopan, lembut dan kuat semangat. Hawa pula seorang yang berpendidikan tinggi. Wataknya memang berbeza. Saya percaya, orang pasti benci dengan Hawa. Mungkin juga penonton akan bengang. Dalam drama ini, watak Hawa ditonjolkan dari dia selepas SPM kepada sambung belajar sehingga dia bekerja,” ujarnya.

Disebabkan ini projek pertama Astro untuk saluran Mustika HD, Nadiya berharap peminat dapat menikmati keindahan cerita ini bukan sekadar jalan ceritanya saja, malahan penonton juga boleh menonton betapa indahnya sinematografi pemandangan di Madinah dan Mekah.