MENJELANG BAJET 2013 – CUEPACS HARAP BONUS 2 BULAN

MENJELANG BAJET 2013 – CUEPACS HARAP BONUS 2 BULAN

0 38

Menjelang Bajet 2013 – Cuepacs Harap Bonus 2 Bulan | Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin Bajet 2013 yang akan dibentangkan Jumaat ini akan menyediakan bonus satu setengah bulan gaji kepada penjawat awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan sudah memberikan bonus setengah bulan kepada penjawat awam sempena sambutan Aidilfitri lalu. Katanya, Cuepacs tuntut bonus dua bulan gaji sebelum ini dan setengah bulan sudah dapat, jadi baki lagi sebulan setengah itu pihaknya harap dapat diberikan dalam belanjawan kali ini.

Selain itu, Cuepacs juga menuntut agar kerajaan menyediakan lebih banyak skim perumahan mampu milik di kawasan bandar dengan membina rumah sekitar RM80,000 hingga RM200,000 dan RM80,000 hingga RM150,000 di kawasan pedalaman. Pihaknya berpendapat, harga rumah yang ada sekarang ini tinggi dan tidak mampu dimiliki golongan berpendapatan RM2,000. Jadi, Cuepacs harap selepas ini kerajaan dapat menentukan juga harga rumah yang mampu dibeli oleh penjawat awam yang mendapat gaji RM2,000 hingga RM5,000.

Cuepacs juga menuntut kenaikan elaun perumahan atau Imbutan Tetap Perumahan (ITP), dimana elaun perumahan yang ditawarkan ketika ini iaitu RM180 sudah tidak relevan pada masa ini, oleh itu, Cuepacs mahu ia ditingkatkan kepada RM350 hingga RM450.

Cuepacs juga menyatakan bahawa nasib 40,000 pekerja kontrak wajar diperjuangkan dengan mengubah status mereka kepada pekerja tetap.

Malah, Cuepacs juga mahu faedah pinjaman perumahan dikurangkan kepada satu peratus selain melakukan perubahan ke atas Sistem Saraan Malaysia. Sekarang ini, penjawat awam menikmati faedah pinjaman perumahan empat peratus, jadi Ceupacs mahu ia dikurangkan kepada satu peratus. Pihaknya harap perkara ini diambil perhatian kerana ini memang ditunggu oleh penjawat awam.