MULA191014TAMAT190115
KLServer

BELANJAWAN 2013 – BONUS SATU SETENGAH BULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM

| Sep 28, 2012

Belanjawan 2013 – Bonus Satu Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam | Berita gembira untuk penjawat awam dalam Belanjawan 2013 ialah, kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus tambahan sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang sudah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lalu. Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember 2012 ini manakala setengah bulan lagi pada Januari 2013 depan.

“Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telahpun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat.

Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri. Najib berkata, pemberian bonus terbabit diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan.


Tags: , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.