BELANJAWAN 2013 – REBET RM200 BELIAN TELEFON PINTAR UNTUK BELIA

BELANJAWAN 2013 – REBET RM200 BELIAN TELEFON PINTAR UNTUK BELIA

1 87

Belanjawan 2013 – Rebet RM200 Belian Telefon Pintar Untuk Belia | Sudah tentu ini antara pengumuman dari pembentangan Belanjawan 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri petang tadi. Kerajaan akan memberikan rebet sebanyak RM200 diatas sebarang pembelian telefon pintar 3G oleh belia yang berusia antara 21 hingga 30 tahun.

Namun, bagaimana cara perlaksanaannya masih belum dapat diketahui. Mungkin ada kaedah atau kerjasama antara kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan syarikat atau pengedar telefon berkenaan untuk menguruskan sebarang pembelian.

Selain itu belia berkenaan disyaratkan berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah.

Bagi membuka akses golongan muda kepada lebuhraya maklumat, satu pakej khas akan diperkenalkan oleh kerajaan melalui kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat telekomunikasi. Melalui pakej Komunikasi Belia, rebat RM200 akan diberi secara one-off bagi pembelian satu unit telefon mudah-alih pintar melalui pengedar rasmi. Ia terbuka kepada belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah – Perdana Menteri (Belanjawan 2013)