KHAIRUL FAHMI (APEX) SAH BERCINTA DENGAN LEUNIEY?

KHAIRUL FAHMI (APEX) SAH BERCINTA DENGAN LEUNIEY?

0 67

Khairul Fahmi (Apex) Sah Bercinta Dengan Leuniey? | Nampaknya nama Apex, penjaga gol sensasi Malaysia dan Kelantan sekali lagi dipalit dengan kontroversi. Apex atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat sebelum ini pernah menafikan ada hubungan dengan seorang gadis bernama Leuniey namun sumber media sejak semalam menyebarkan gambar ‘mesra’ Apex bersama Leuniey yang menimbulkan tanda-tanya mengenai hubungan ‘sebenar’ mereka.

Leuniey Natasha atau Nur Eilunie Natasha Nazri sebenarnya pernah dikaitkan dengan Apex setelah beliau bertindak memutuskan pertunangannya. Difahamkan, hubungan dia dengan bekas tunangnya retak kerana kehadiran Apex. Namun semua itu dinafikan oleh Leuniey dan Apex sendiri. mereka juga menegaskan langsung tidak mengenali antara satu sama lain sebelumnya.

Kemudian cerita mengenai hubungan mereka terus diperkatakan apabila kedua-duanya merupakan antara wajah yang terpilih dalam iklan komersial minyak wangi SimplySiti yang sudah pun ditayangkan di kaca televisyen. Justeru apabila mereka digandingkan, ia seperti menguatkan lagi gosip dan khabar angin yang mengatakan mereka sebenarnya pasangan kekasih seperti mana yang dicanang sebelum ini. Apapun isu berkenaan juga hilang setelah keduanya menafikan sekali lagi perkara berkenaan.

Memetik entri terbaru dari blog hiburan beautifulnara.com mengatakan Apek telah pun memuat-naik gambarnya bersama Leuniey seperti di atas dengan caption “US”. Tambah menarik apabila Leuniey turut sama memuat-naik gambar dengan caption yang sama menerusi akaun Instagramnya pula. Mungkinkah mereka ingin memberitahu bahawa mereka kini sudah sah menjadi pasangan kekasih? Biarlah gambar yang berbicara.

p/s : tak sabar tunggu apa penjelasan Apex..