MULA191014TAMAT190115
KLServer

PROTON BAKAL KELUARKAN MODEL HIBRID?

| Sep 28, 2012

Proton Bakal Keluarkan Model Hibrib? | Proton bakal memperoleh dana dalam usaha menjalankan Program Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) kereta hibrid sebelum ia dikomersilkan menjelang pertengahan 2014. Menurut laporan berita hari ini, kerajaan bersedia menyalurkan peruntukan RM120 juta kepada Proton Holdings Berhad (Proton) pada tahun depan untuk digunakan dalam program berkenaan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Beliau berkata pertimbangan untuk memberikan peruntukan tambahan bagi membangunkan kereta hibrid adalah relevan kerana industri berkenaan menunjukkan perkembangan positif.

“Kerajaan telah menyediakan peruntukan RM100 juta kepada Proton untuk membangunkan kereta hibrid dan elektrik tahun ini dan kerajaan mungkin mempertimbangkan peruntukan RM120 juta untuk digunakan dalam program R&D bagi tahun depan.”

Namun jelas beliau lagi, semua itu bergantung kepada Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan bergantung kepada Proton dalam menepati Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan.


Tags: , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments are closed.