IMPIAN KONSERT SOLO DI DEWAN FILHARMONIK PETRONAS HAMPIR JADI KENYATAAN – DATO’ SITI NURHALIZA

| 30/09/2012 | 0 Comments

Impian Konsert Solo Di Dewan Filharmonik Petronas Hampir Jadi Kenyataan – Dato’ Siti Nurhaliza | Datuk Siti Nurhaliza mengakui, pihaknya kini berusaha untuk melaksanakan konsert solo di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) menerusi syarikat produksi miliknya Siti Nurhaliza Productions.

Jelas Dato’ Siti Nurhaliza, perbincangan dengan pihak DFP masih berlangsung dan hampir mencapai kata putus. Konsert solo Siti bersama Malaysian Philharmonic Orkestra itu dijangka berlangsung selama dua malam dan dijadual diadakan pada Julai tahun hadapan (2013).

“Buat masa sekarang kami masih belum menandatangani sebarang perjanjian, namun perbincangan yang berlangsung semakin hampir mencapai kata putus. Memang Siti berharap konsert solo di dewan berprestij itu akan menjadi kenyataan kerana peluang untuk menyanyi bersama Malaysian Philharmonic Orchestra bukannya datang selalu,” jelas Dato’ Siti Nurhaliza dalam portal gua.com.my.

Dato’ Siti Nurhaliza┬ámerupakan artis tempatan keempat yang berpeluang untuk mengadakan konsert solo di dewan berprestij itu selepas Tan Sri SM Salim, Datuk Sheila Majid dan Datuk M.Nasir. Penyanyi nombor satu negara itu pernah dijemput sebagai penyanyi undangan di Konsert Perjalanan Seni Tan Sri SM Salim pada tahun 2001.


Tags: , , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.