MULA191014TAMAT190115
KLServer

BORANG BR1M 2.0 DIJANGKA MULA DIEDAR PERTENGAHAN OKTOBER 2012

| Oct 1, 2012

Borang BR1M 2.0 Dijangka Mula Diedar Pertengahan Oktober 2012 | Ini ada sedikit info mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dimana sudah ramai yang mencari maklumat mengenainya. Untuk pengetahuan semua, borang BR1M 2.0 masih belum dikeluarkan, dan berdasarkan sumber dibawah borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini (mungkin tengah atau hujung bulan).

Ianya diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Donald Lim Siang Chai. Katanya dalam mStar Online, kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudah tersedia.

Dalam pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250. Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan, berkata bantuan yang melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Bagi mereka yang telah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah (wakil / ketua keluarga) yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.

Kata Datuk Ir Donald Lim Siang Chai lagi, pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar diperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0. Jelas beliau, penuntut IPT tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucarbuku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali. Namun beliau menyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belum bekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Isu ini sedikit mengelirukan dengan kenyataan sebelum ini yang mengatakan Penuntut IPT Layak Mohon BR1M2.0. Namun ammboi akan cuba dapatkan maklumat lanjut mengenai isu ini nanti. Nanti kita akan bincangkan kemudian.

KLIK SINI —> BORANG BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2.0 ONLINE


Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (5)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Zulkalnain A.Karim says:

    Nak info, penerima BRIM 1 tak perlu isi borang BRIM 2.0 ke?

    • ammboi says:

      tak perlu, tapi kalau was-was (bagi yg tak berjaya) baik mohon baru.
      kalau dah berjaya sah-sah la tak perlu. :)

  2. ellynurzaily says:

    nak tnya..slain LHDN untk dptkn borang BRIM ada x tmpat lain..