KLServer

DOWNLOAD BORANG BR1M 2.0 – BERMULA PERTENGAHAN OKTOBER 2012

| 01/10/2012

Download Borang BR1M 2.0 – Bermula Pertengahan Oktober 2012 | Ramai sungguh yang mencari untuk download online borang Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada pembentangan Belanjawan 2013 yang lepas. Namun sayangnya, borang BR1M 2.0 berkenaan masih belum ada.

Menurut sumber yang ammboi tahu, Borang BR1M 2.0 berkenaan yang boleh diperoleh bermula pertengahan bulan ini (Oktober 2012) sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan hari ini. Jadi diharap semua orang bersabar dan ammboi akan cuba memastikan ianya diupdate terus ke blog ini sekiranya ada.

Mengikut perancangan Kementerian Kewangan, pihaknya menjangkakan pemohon yang layak boleh mula membuat permohonan bulan ini manakala pembayaran wang bantuan RM500 (atau RM250 untuk bujang) akan dilakukan bermula Januari 2013.

Kelayakan Mohon BR1M 2.0

—> Bantuan RM500

  • Berkeluarga.
  • Hanya ketua keluarga (atau seorang wakil) layak mohon. –> Baca lanjut disini
  • Berpendapatan isirumah dibawah RM3,000 sebulan.
  • Isi borang yang disediakan.
  • Kemudian hantar beserta salinan kad pengenalan, slip gaji (bagi yang berkenaan) atau bukti pendapatan (bagi berkenaan).

—> Bantuan RM250

  • Individu bujang
  • Bukan pelajar IPT —> Baca lanjut disini
  • Berpendapatan bawah RM2,000 sebulan
  • Isi borang yang disediakan.
  • Kemudian hantar beserta salinan kad pengenalan, slip gaji (bagi yang berkenaan) atau bukti pendapatan (bagi berkenaan).

—> Mereka Yang Sudah Memohon BR1M 1.0 (kali pertama yang lepas)

Borang BR1M 2.0 dijangka boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) serta akhbar tempatan. Ammboi juga akan cuba sediakan link download Borang Online BR1M 2.0 untuk memudahkan anda membuat permohonan.

Sebagai makluman, borang online yang dimuat turun di internet (biasanya di scan dan upload) juga boleh digunakan untuk membuat permohonan. Pihak LHDN tidak pernah menghalang penggunaan borang scan BR1M berkenaan. Jadi ammboi rasa ianya sama juga dengan BR1M 2.0 ini.

—> BORANG BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M 2.0) ONLINE <—

[Link Download Borang BR1M 2.0 Akan Diupdate Diatas Jika Ada]

Jadi semua persoalan ammboi dan jelaskan disini. Jika masih ada kekeliruan bolehlah komen dibawah. Ammboi akan cuba respon secepat yang boleh. Jika tidak, mungkin ada antara rakan-rakan kita akan cuba bantu selesaikan. Harap maklum.

KLIK SINI —> BORANG BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) 2.0 ONLINE


Tags: , , , ,

Category: INFO SEMASA

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Lim Kian Koi says:

    kenapa i tak dapat hantar document i