RANKING DUNIA TERBARU FIFA MALAYSIA OKTOBER 2012

RANKING DUNIA TERBARU FIFA MALAYSIA OKTOBER 2012

0 66
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

Ranking Dunia Terbaru FIFA Malaysia Oktober 2012 | Sepanyol menduduki takhta kedudukan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) manakala pasukan benua Amerika Selatan turut berada dalam kelompok 10 teratas selepas kelayakan Piala Dunia 2014 bulan lalu. Juara Piala Dunia itu menduduki kelompok Eropah iaitu 1-2-3 termasuk Jerman dan Portugal yang mendaki satu anak tangga.

Argentina pula turun dua anak tangga kepada kelima dan Belanda naik dua anak tangga kepada enam keseluruhan. Itali dan Uruguay mengekori selepas jatuh dua anak tangga manakala Greece naik satu anak tangga bagi melengkapkan kelompok 10 teratas. Ivory Coast pula mendahului negara benua Afrika apabila berada di tangga ke-16 manakala Mexico di tangga ke-19 diikuti Amerika Syarikat di tempat ke-32.

Sementara itu, Jepun mendahului barisan benua Asia dengan meniti di tangga ke-23 dunia. Malaysia pula menjunam ke tangga 162 dunia setelah berada di tangga 154 dunia sebelum ini. Turut bersama-sama dalam kelompok berkenaan adalah Singapura dan Indonesia. Pasukan terbaik Asean, iaitu Thailand hanya berada di tangga 139 dunia kemudian Vietnam 149 dunia.

Kekalahan 0-2 kepada Vietnam pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, sebelum ini antara punca kejatuhan ranking skuad negara. Kedudukan terbaharu skuad negara yang diumumkan dalam laman web rasmi FIFA semalam, hanya lapan anak tangga berbanding kedudukan terburuk yang pernah dihuni oleh skuad negara iaitu ranking 170 dunia pada April 2008.

Kedudukan terkini negara Asean dalam ranking Fifa (Okt 2012).

  1. Thailand (206pts, 139th)
  2. Vietnam (203, 140th)
  3. Philippines (178, 147th)
  4. Malaysia (126, 162nd)
  5. Singapore (126, 162nd)
  6. Indonesia (111, 170th)
  7. Myanmar (60, 184th)
  8. Cambodia (42, 189th)
  9. Laos (38, 193rd)
  10. Brunei DS (5, 203rd)
  11. Timor Leste (2, 206th)
Petunjuk : Dalam Kurungan (mata, ranking)