PENJELASAN EMMA MAEMBONG BERKENAAN ISU GAMBAR SEKSI DAN BERCIUM

PENJELASAN EMMA MAEMBONG BERKENAAN ISU GAMBAR SEKSI DAN BERCIUM

0 186

Penjelasan Emma Maembong Berkenaan Isu Gambar Seksi dan Bercium | Tiba-tiba nama Emma Maembong menjadi hangat dalam dunia hiburan di Malaysia. Masakan tidak, kontroversi yang menimpanya memang tidak putus-putus. Sehingakan nama beliau begitu hot dalam carian google September 2012. Sedikit profile mengenai Emma Maembong, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani bt Ismail.

Maembong Bukan Mael Lambong

Emma merupakan panggilan manja kawan-kawannya. Nama Maembong pula, bukanlah nama glamor, gabungan dari filem Mael Lambong. Sebaliknya, ia cantuman nama ayah Emma, iatu pelukis terkenal negara, Ismail Embong dan datuknya. Gadis berwajah Pan-Asian ini (kacukan Melayu dan Scottish), bagaimanapun ibu bapanya sudah berpisah. Emma dilahirkan pada 27 Mac 1992.

Dituduh Sering Datang Lewat

Sebelum ini Emma telah dituduh sebagai kaki propa, kerana datang lewat ke lokasi sesi fotografi dengan wartawan sebuah akhbar seperti yang dijanjikan. Malah dikatakan tidak memaklumkan kelewatannya kepada wartawan berkenaan. Namun Emma menjelaskan dia lewat sejam kerana sakit teruk dan telah memaklumkan perkara itu kepada wartawan. Apapun dia tetap mengagahkan diri untuk ke sesi fotografi tersebut malah menawarkan untuk mencari jurusolek sendiri bila diberitahu jurusolek sudah balik. Tetapi sesi fotografi itu terpaksa dibatalkan juga bila wartawan berkenaan sibuk. Setiap temujanji akan dihadiri tepat pada masanya, kata Emma. Bagaimanapun, dia tidak menyalahkan sesiapa dan mengakui kesalahan sendiri.

Kontroversi Gambar Seksi dan Bercium

Beberapa kepingan gambarnya – di mana dia dilihat berpelukan dan bercium dengan lelaki, termasuk sekeping foto yang melihatnya berpakaian seksi – mula diedarkan di Internet. Bagaimanapun Emma menjelaskan gambar-gambar tersebut dirakam ketika percutian bersama keluarga dan teman-teman, termasuk teman lelakinya beberapa tahun dulu. Dan lelaki bercermin mata besar yang berpakaian merah sedondon dengannya ialah adik kandungnya.

Dan di bawah, luahan Emma sendiri di Facebooknya :

“Sedih sgt dgn org2 skng. Lain yg emma ckp lain yg di tulis. Tp tak apa. Pasal gamba2 tu mmg la salah emma sbb ambik gamba mcm tu, tp tu masa budak2 bukannya ema ada otak sgt pon masa tu, dlm hidup kita masing2 ada kisah silam dan sejarah hidup pahit dan manis yg kita xblh padam tp ambik tu semua sebagai ajaran.Masa zaman remaja apa kita buat semua xfikir guna otak asalkan kita puas hati dgn apa yg…kita buat xfikir pon pasal org lain. tp bila dah besar baru la kita mula berfikir mana salah mana betul. jadi ema mintak maaf pasal semua tu. semua manusia ada salah yg diorg buat xdpt di padam tp sama2 la kita kasi peluang dan tolong mereka berubah, bukan dgn cara mengata, mengutuk dan menghina. ema manusia biasa sama je mcm korang semua. ema xpenah mengaku diri ema ni artis atau model atau apa2 pon. Bagi ema kita semua ni sama je level yg sama. sbb tu ema layan korang semua mcm kawan ema. Sapa nk kawn dgn ema,ema ok je sapa yg xsuka ema. Ema mintak maaf dan ampun kalau ada buat salah. May allah bless us. Salam :’)

Itulah sedikit sebanyak penjelasan Emma Embong yang ammboi petik dari laman gua.com.my. Ternyata Emma sudah menyesali mengenai isu lamanya itu. Jadi terpulang pada peminat untuk menerimanya kerana kontroversinya atau bakatnya.