4,000 GURU KEMAS BAKAL TERIMA GAJI TARAF DIPLOMA BERMULA JANUARI 2013

4,000 GURU KEMAS BAKAL TERIMA GAJI TARAF DIPLOMA BERMULA JANUARI 2013

0 2114
wangiangaharupalmabrand iklanmurah

4,000 Guru Kemas Bakal Terima Gaji Taraf Diploma Bermula Januari 2013 | Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengumumkan, kira-kira 4,000 guru tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan menerima faedah termasuk gaji setaraf lulusan diploma mulai tahun depan.

Beliau berkata sebanyak RM50 juta diperuntukkan kepada KEMAS dalam Belanjawan 2013 untuk tujuan itu. Katanya, kenaikan ini memberi kebaikan kepada kanak-kanak yang dihantar mendapat bimbingan di Tabika KEMAS. Tambah beliau lagi, sebanyak RM15 juta lagi akan diguna bagi melaksanakan projek pembangunan dan menyediakan prasarana lebih baik untuk Tabika KEMAS.