MULA191014TAMAT190115
KLServer

RANDY PANGALILA AKUI SUDAH ADA KEKASIH, NAFI BERCINTA DENGAN ELFIRA LOY

| Oct 10, 2012

Randy Pangalila Akui Sudah Ada Kekasih, Nafi Bercinta Dengan Elfira Loy | Akhirnya Randy Pangalila, 22 mengakui hatinya kini telah dimiliki dan sudah mempunyai kekasih sejak dua tahun yang lalu. Randy mendedahkan perkara berkenaan menerusi portal hiburan, gua.com.my. Dengan penjelasan ini sekaligus menepis gosip cinta antara Randy dengan pasangan heroinnya dalam telefilem, ‘Mimpi Sampai Ke Bintang’, Elfira Loy yang cukup hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

“Saya sudah ada kekasih di Indonesia. Kami sudah berpacaran sejak dua tahun lepas dan teman wanita saya juga merupakan orang yang turut terlibat dalam industri hiburan. Cukup saya katakan, dia adalah salah seorang pelakon sinetron, ‘Nada Cinta’. Namanya Michella Putri dan berumur 19 tahun. Sudah sebulan kami tidak berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan jadual lakonan. Tidak dinafikan saya rindu sama dia namun kami sama-sama mengerti dengan kesibukan ini dan hanya berhubung melalui Skype.” Jelas Randy dalam portal berkenaan.

Diusik sama ada beliau mempunyai perancangan untuk ke fasa seterusnya dengan kekasihnya itu, Randy sambil tersenyum memberitahu, “Kami memang serius dalam hubungan ini namun untuk ke tahap seterusnya, kami serahkan segalanya pada Tuhan. Saya sendiri sasar dalam tiga tahun lagi untuk berkahwin.”


Tags: , , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.