KLServer

TIKET PERLAWANAN AKHIR (FINAL) PIALA MALAYSIA 2012

| 10/10/2012

Tiket Perlawanan Akhir (Final) Piala Malaysia 2012 | Pasukan manakah yang bakal layak ke perlawanan akhir (final) Piala Malaysia pada 20 Oktober 2012 ini masih belum dapat ditentukan. Adakah Kelantan atau Selangor dan Lions atau ATM? Kesemuanya bakal terjawab malam esok (ATM vs Lions di Stadium Selayang) dan malam lusa (Selangor vs Kelantan di Stadium Shah Alam). Bagaimanapun FAM telah mengumumkan harga tiket bagi perlawanan akhir berkenaan.

Seolah-olah mahu mengelakkan persepsi negatif penyokong pasukan yang mara ke final nanti, badan induk bola sepak kebangsaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah awal-awal lagi mengumumkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2012.

Perkara itu ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sebentar tadi. FAM mengesahkan harga tiket bagi perlawanan final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selangor 20 Oktober 2012 ini ditetapkan pada harga RM40 untuk dewasa manakala RM5 untuk kanak-kanak.

Jualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 dijadualkan bermula esok, 18 Oktober 2012 di lokasi seperti Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu dan Stadium Shah Alam. Anda juga boleh buat belian online Tiket Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012 menerusi link dibawah. Pembayaran menggunakan KAD KREDIT.

Cara Tebus / Ambil Tiket Online Setelah Pembayaran

Penebusan tiket pada hari perlawanan di Kaunter No 6,7 dan 8,Pintu A Stadium Shah Alam. Penebusan tiket bermula jam 10 pagi hingga perlawanan bermula. Sila bawa cetakan Pengesahan Pembelian (dengan Kod Ref) dengan Kad Pengenalan /Lesen Memandu atau Dokumen Pengenalan lain semasa penebusan Tiket. Penebusan hanya boleh dilakukan oleh orang yang membuat transaksi.

TIKET ONLINE —> KELANTAN VS ATM 20 OKTOBER 2012


Tags: , , , , , , ,

Category: Piala Malaysia