MULA191014TAMAT190115
KLServer

PAKEJ INTERNET TERMURAH? MAXIS, CELCOM, DIGI, UMOBILE, STREAMYX, YES ATAU P1?

| Oct 12, 2012

Pakej Internet Termurah? Maxis, Celcom, Digi, UMobile, Streamyx, Yes atau P1? | Boleh dikatakan sejak bekerja ni sudah pelbagai jenis pakej internet ammboi langgan dan cuba. Pada awalnya ammboi langgan Maxis Broadband (Postpaid) untuk kegunaan berblog (antara pakej internet terbaik juga kerana hampir meliputi 1Malaysia), dalam masa yang sama ammboi juga gunakan Digi Prepaid Broadband dan Digi Prepaid Internet untuk iPad (prepaid RM100 untuk 100 hari). Kemudian ammboi terpaksa tutup Maxis sebab memang tak memadai nak cover penggunaan kuota yang tinggi (mahal RM48 dapat 1.5GB masa tu pakej kerajaan).

Lagipun ammboi dah masukkan Streamyx di rumah dan memang antara yang berbaloi. Masa ni langgan pakej biasa RM60 (384kbps), kemudian upgrade ke RM90 sebulan (512kbps). Cuma yang menjadi masalah ialah bila pindah ke rumah baru masih belum ada talian TM dan Streamyx tak boleh nak masuk. Kena tunggu katanya bila 5 orang apply baru diorang datang. Apa kejadah punya kes. Dalam masa tunggu tu bil tetap jalan. Bila tanya kata akan rebet semula bila semua masalah setel. Tetapi, dalam masa yang sama, hari-hari lawyer call mintak hutang. Mahu tak mengamuk. Setahun baru setel kes, dari lawyer tu mintak hutang RM400 lebih hinggalah katanya hutang dah naik RM1,500! Gila, mana ada aku hutang, tu TM kata akan rebet semual. Last-last, terus terminate dan mintak TM setelkan pasal rebet tu. 3 bulan tunggu baru setel kes, last bil cuma RM56 sahaja dan bye-bye TM….

Dirumah baru, talian tetap telefon tak ada. Jadi terpaksa gunakan wiyerles broadband. Cuba beralih kepada UMobile, murah sebab ada pakej RM48 untuk 2GB (postpaid) tetapi dia punya connection selalu ada masalah. Kejap laju, kejap slow pula. Tetapi ammboi kekal gunakan UMobile Mobile Internet Unlimited RM28 (Prepaid) untuk iPhone kerana itu adalah salah satu pakej lengkap untuk telefon pintar paling murah dan berbaloi. Anda tidak akan dikenakan caj tambahan walaupun penggunaan kuota melebihi had.

Habis dengan internet UMobile, ammboi cuba YES 4G, cuba pakai prepaid dengan membeli Yes Huddle (bernilai RM399). Namun untuk layan games online (bermain PS3 online memang best) dan browsing biasa memang ok, tapi kalau nak mendownload, jangan harap! Mahal giler. Kira sendirilah 3 sen 1MB, kalau korang download 100MB dan ke RM3. Menggigil nak update aplikasi iPad. Celcom jangan sebut. Memang anti sikit. Tapi untuk line telefon memang pakai Celcom. Internet? Buat habis topup jer (pernah cuba prepaid punya, menyesal…). Tapi Yes 4G memang laju dan pernah lebih 10mbps dia punya speed.

Jadi yang terbaru, sejak sebulan lepas ammboi langgan pakej internet P1. Berdasarkan banyak komen, memang banyak kritikan yang diterima oleh P1. Namun kena sedar, lagi ramai yang berpuas hati dengan perkhidmatan diorang. Bagi ammboi bulan pertama dengan P1 memang cukup mengujakan. Selain dari memiliki speed yang stabil, P1 memang memberikan kelainan berdasarkan pengalaman ammboi menggunakan perkhidmatan internet dari lain-lain company. Setakat nak online PS3 memang cukup berbaloi, tapi kadang-kadang ada juga gangguan. Tapi kena faham, rumah ammboi cuma tepi sempadan liputan sahaja.

Pakej yang ammboi langgan cumalah P1 Home 99. Untuk makluman sekali lagi, area rumah ammboi memang tak ada coverage P1. Kalau lihat dalam peta liputannya itu, rumah yang ammboi duduki ni terletak sipi-sipi dengan kawasan liputan. Bak kata kakitangan P1, ‘borderline’, atau sempadan liputan. Pada mulanya ammboi ragu-ragu juga untuk melanggan, tetapi P1 ada menyediakan pakej percubaan (trial) selama 7 hari dan sekiranya kita tidak berpuas hati boleh kembalikan dan dapat semula bayaran deposit RM100. Ada company lain berani kasi?

Maka, ammboi pun daftarlah. Percubaan pasang dirumah memang penuh debar. Dalam hati kata, jika tak ada rugi ni. Pakej murah. RM99 anda dapat 15GB. Selain itu anda dapat rebet RM10  selama 10 bulan (1 tahun kontrak) atau 20 bulan (2 tahun kontrak). Jadi harga dah turun kepada RM89 sebulan. Tu belum cerita ada promosi modem / dongle trade in, dimana anda hantar modem lama anda dan anda akan dapat percuma tambahan 5GB setiap bulan selama tempoh kontrak. Terbaik!

Ops, sambung cerita mula-mula pasang kat rumah tadi. Lega, dalam tak ada coverage tu, dapat jugak 1 bar line. Buat speedtest. WOW! Pakej 2MBPS, tetapi dengan 1 bar sudah boleh dapat lebih dari 1MBPS, antara 1.5 hingga 1.6. Kekadang turun jugak bawah 1mbps tengok pada keadaan. Ok la tu kan. Tu tak ada liputan.

Tetapi….. bila cakap kat dia punya Costumer Sevice (CS), diorang ada syorkan ammboi cuba-cuba ubah lokasi modem berkenaan (modem wifi boleh alih-alih), sehingga ke point yang paling stabil (berdasarkan rate yang dia berikan). Tak sangka boleh dapat 3 bar (penuh). Tetapi yang kecewa ianya terletak kat tengah rumah. Tak kan nak letak modem kat situ, tak sopan pulak kan. Kan ada yang kata nak menunjuk pulak. Hehe.. Jadi ammboi pilih yang 2 bar sahaja. Tetapi speed dan connection memang puas hati.

Pakej P1 Home, RM89 sebulan, anda dapat 20GB (tambahan 5GB bermula bulan kedua setelah anda serahkan modem lama anda), kelajuan antara 1.5mbps hingga 2 lebih pon pernah dapat. Jadi bagi ammboi ini adalah salah satu pakej yang berbaloi. Satu keluarga boleh gunakan wifi dari RM89 berkenaan. (UPDATE) Kini sudah 6 bulan gunakan P1 dan prestasinya memang terbaik.

Jika anda berminat dengan P1 jengok-jengoklah dia punya website di www.p1.com.my

Boleh check coverage disini —> www.p1.com.my/wimax/coverage

P1 Home Plan —> www.p1.com.my/forhome


Tags: , , , , , , , ,

Category: TEKNOLOGI

Comments (3)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. berliku says:

    aku guna celcom je yg pakej student..
    5 gb sebulan tapi setakat update blog tanpa download cite tahan je sebulan

  2. ammboi says:

    betul la tu bro.. bergantung pd sesiapa yg guna..
    cuma aku serik dah ngan celcom ni sebab pernah kena bil sampai rm400..
    benda ada limit, tp senang jer jawapan diorang, masa tu sistem down jd xleh nak sekat limit tu.
    sistem down? salah siapa? tapi kita ttp kena bayar jgk..

    • berliku says:

      haha,rilek boh..
      biasa la 2,service kat malaysia macam 2 la,
      barang nak mahal,service kurang,
      sepatutnya sistem celcom down,
      celcom kena bayar kat kita…
      nie terbalik