MAHU AKTIF SEMULA SELEPAS KONTROVERSI REDA – DIRA ABU ZAHAR

| 16/10/2012 | 0 Comments

Mahu Aktif Semula Selepas Kontroversi Reda – Dira Abu Zahar | Nama Dira Abu Zahar agak panas sepanjang beberapa bulan lepas kerana dilanda kontroversi demi kontroversi. Antaranya kontroversi yang membuatkan aktres berkenaan hampir ‘jatuh’ adalah kes pergaduhan di disko dan percubaan membunuh diri pada April lalu. Namun kini dia berkata sudah tiba masanya untuk dia aktif semula dalam bidang seni selepas kontroversi dirinya yang dilihat semakin reda.

Dira Abu Zahar atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, 28, berkata, tindakan menyepikan diri adalah jalan terbaik bagi menjernihkan semula kekecohan membabitkan nama dan reputasinya sebelum ini yang tercemar. Baginya, tindakan kurang aktif dalam bidang seni banyak membantu dalam menjernihkan semula kekeruhan yang timbul ekoran kontroversi pergaduhan itu. Sekurang-kurangnya, sepanjang beberapa bulan ini, kekecohan itu beransur reda dan sekarang dia mahu menumpukan semula kepada kerjaya seni seperti biasa.

Bagaimanapun, Dira berkata, tindakan berdiam diri itu bukan kerana dia mahu lari daripada kontroversi terbabit tetapi secara kebetulan dia sibuk dengan urusan keluarga dan pengajian di Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing (Limkokwing) dalam bidang Sarjana Filem Digital dan Televisyen.

“Secara kebetulan, selepas kontroversi itu tercetus saya sibuk dengan urusan keluarga kerana kami baru berpindah ke rumah baru beberapa bulan lalu. Saya pula baru memulakan pengajian di Limkokwing, jadi sebab itu saya tidak dapat terima tawaran kerja buat seketika,” jelasnya yang dipetik dari akhbar mStar Online.


Tags: , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.