KONTROVERSI LAGU HARAPAN BANGSA, TIADA NIAT SINGGUNG AGAMA LAIN – JACLYN VICTOR

| 18/10/2012 | 1 Comment

Kontroversi Lagu Harapan Bangsa, Tiada Niat Singgung Agama Lain – Jaclyn Victor | Nama Jaclyn Victor tiba-tiba sahaja panas apabila beliau dikatakan menghina agama lain (Islam) kerana menyanyikan lagu Harapan Bangsa.  Ini kerana klip video lagu Harapan Bangsa nyanyian Jaclyn Victor yang ditayang di laman YouTube – dipercayai sejak Januari lalu dikatakan berunsurkan keagamaan yang boleh menimbulkan salah faham kepada agama lain.

Lirik lagu berkonsep ketuhanan agama Katolik dengan lirik Bahasa Malaysia itu mencetuskan kontroversi sehingga ada pihak mendesak klip video dan lagu berkenaan diboikot. Namun jelas Jac, “sebagai seorang warga Malaysia dan mempunyai ramai kawan beragama Islam, saya masih mempunyai perasaan hormat terhadap agama mereka. Saya cukup menghormati kepercayaan dan amalan mereka.”

Puncanya, lirik lagu dan visual klip video itu didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam. Ada pihak khuatir rakaman klip video dan lagu itu boleh disalah erti hingga boleh memesong pegangan penganut agama lain terhadap agama Kristian. Selain itu, ada pihak menganggap tindakan Jaclyn atau lebih akrab disapa Jac menyanyikan lagu itu sebagai tidak peka dengan peminatnya yang kebanyakannya beragama Islam.

Sambil mengakui terkejut dengan isu dicetuskan itu, pemilik nama penuh Jaclyn Joshua Thanaraj Victor ini tertanya-tanya di mana salahnya lagu itu sehingga ramai pihak mempertikai dan melihat perkara itu sebagai kesalahan besar.

Lagu itu bukan untuk pasaran komersial

Tegas Jac, sebagai sebuah negara yang mengamalkan kebebasan agama, isu lagu Harapan Bangsa tidak perlu dipertikaikan. Akui penyanyi bersuara lantang ini, dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang penganut kristian dengan menyanyikan lagu berkenaan.

“Lagu itu saya rakam sekitar 2007 khusus untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta pihak gereja. Ia dicipta oleh seorang paderi dengan mesej keamanan Malaysia. Sebagai seorang penganut kristian, rasanya tidak salah jika saya yang beragama Kristian menyanyikan lagu itu. Lagipun, ia bukan untuk tujuan komersial. Jadi mengapa perlu mempertikaikan lagu yang sudah lama dirakamkan itu?” soalnya yang cukup popular menerusi lagu Gemilang ini.

Bagi Jac, andai lagu itu diboikot atas alasan disampaikan dalam Bahasa Malaysia, ia tidak sepatutnya berlaku.

“Saya sedar, mungkin disebabkan lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Melayu membuatkan ramai yang melihat perkara ini sebagai tidak sensitif dan menganggap saya cuba menyebarkan fahaman Kristian. Saya menyanyi dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bertutur dalam Bahasa Melayu. Kenapa perlu ada perasaan sebegitu? Sebagai seorang warga Malaysia dan mempunyai ramai kawan-kawan yang beragama Islam, saya masih mempunyai perasaan hormat terhadap agama mereka. Saya cukup menghormati kepercayaan dan amalan mereka,” tegas penyanyi berusia 33 tahun ini.

Dengan penjelasannya itu, Jac mengharapkan ia akan menamatkan segala spekulasi dan kontroversi yang mengaitkan dirinya dan lagu itu. (Sumber BH Online)

VIDEO LAGU HARAPAN BANGSA

LIRIK LAGU HARAPAN BANGSA – JACLYN VICTOR

Bapa engkaulah harapan negara ini
Kaulah satu-satunya harapan di bumi Malaysia
Yesus engkaulah harapan segala bangsa
Nyatakan lah kebenaran mu

Korus:
Setiap suku setiap kaum dan setiap bangsa
Kan menyembah di tahta mu
Dan nyatakan bahwa yesus lah tuhanku
Ku dengar suara aliran sungaimu
Membanjiri hati umat mu di Malaysia
Kami sangat rindu
Kau kan pulihkan Malaysia

Harapanku

Tuhan pulihkan negaraku Malaysia
Kaulah satu-satunya harapan segala bangsa
Beri pengharapan kepada yang terhilang
Bebaskan semua pemulihan mu

[Ulang Korus]

Malaysia arah tujuanmu kan berubah
Engkau tidak akan sama lagi
Engkau akan melihat perubahan nyata
Setiap bangsa kan mengalami pemulihan pemulihan

[Ulang korus] x2

Apa Yang Kontroversi?

Rangkap pertama dari lagu Harapan Bangsa- Jaclyn Victor ini memuja Yesus (Jesus) yang kononnya menjadi satu-satunya harapan untuk rakyat Malaysia. Menjadi harapan untuk semua bangsa di Malaysia. Jadi, bila semua rakyat Malaysia termasuklah orang Melayu atau paling tepat orang yang beragama Islam.  Rangkap keduanya pula menekankan lagi dengan lebih terperinci tentang keagungan tuhan Jesus di mana setiap kaum (juga melibatkan semua bangsa dan agama) dan mengaku bahawa Jesus itu tuhan. Bahawa Jesus ini akan memulihkan Malaysia. Ianya seperti agama kristian akan bertapak di hati rakyat Malaysia dan denganya rakyat Malaysia bersatu dari perpecahan. Rangkap ketiganya pula adalah tentang doa dan pengharapan kepada tuhan Jesus untuk mengembalikan semula harapan rakyat Malaysia. Rangkap akhir pula menceritakan bahawa negara Malaysia dan hala tuju negara akan berubah selepas ini di mana semua bangsa akan mengalami pemulihan iaitu dengan menerima Jesus sebagai tuhan.

Apapun kita tunggu dan lihat apa keputusan JAKIM dan pihak yang berkenaan. Jangan jadikan ianya sebagai isu politik dan menimbulkan perkara-perkara negatif yang lain pula.


Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Luke says:

    Mungkin sebab terlepas pandang maksud rangkap lirik tersebut, terlupa bahawa bangsa melayu yang sememangnya beragama Islam akan rasa sensitif ,ini kerana melayu termasuk dalam skop semua bangsa dan kaum ikut lirik lagu tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.