KLServer

AYAT FARID KAMIL MASA MULA-MULA NAK NGORAT DIANA DANIELLE?

| 22/10/2012

Ayat Farid Kamil Masa Mula-Mula Nak Ngorat Diana Danielle? | Semua orang tahu Farid Kamil dan Diana Danielle sudah bertunang dan bakal disatukan menjadi pasangan suami isteri pada 3 November 2012 ini. Farid Kamil akui berdebar kerana dia akan bergelar suami kepada pelakon Diana Danielle. Daripada status si teruna dia bakal bergelar suami seorang aktres terkenal, Diana Danielle.

Pasangan ini mendedahkan yang mereka akan bernikah pada pagi 3 November kelak di Hotel Flamingo Ampang dan memilih taman di pinggiran tasik sebagai lokasi untuk bernikah. Menginjak balik sejarah lama, Farid Kamil pernah dihujani panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan gara-gara kekasihnya Diana. Dia hadapinya dengan tenang dan jantan.

Farid mendedahkan pada mula-mula mengenali Diana Danielle dengan lebih rapat adalah menerusi pembacaan di surat khabar. Apabila dia mengetahui berita aktres berkenaan sudah putus cinta. Jelas Farid lagi, dia teringat cerita satu ketika yang memberanikan diri menegur dan mengusik Diana dalam satu acara di Bangsar selepas membaca kisah kontroversi gadis itu di surat khabar.

Usikan nakalnya yang berbunyi, ‘kalau sudah single bolehlah masuk jarum‘ rupanya adalah satu tanda bahawa jodoh bakal bertemu antara dia dan Diana Danielle.


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. pungguk says:

    kenapa nurul azwan roya dan badri razi tidak serati skuad kebangsaan