MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

HARGA iPAD MINI – BERMULA DARI AS$329 (RM1,003)

| Oct 25, 2012

Harga iPad Mini – Bermula Dari AS$329 (RM1,003) | Satu fenomena baru sekali lagi dijelmakan oleh syarikat gergasi Apple. Mereka yakin kehadiran iPad mini yang diperkenalkan kelmarin mampu mengatasi pasaran komputer tablet daripada beberapa pesaing terdekatnya seperti Amazon, Google dan Samsung. Paparan skrin sentuh iPad mini bersaiz 7.9 Inci lebih kecil iaitu 20 sentimeter (sm) berbanding 24 sm untuk iPad.

Sebuah iPad mini 16 gigabit (GB) dengan sambungan wi-fi dijual di Amerika Syarikat (AS) pada harga AS$329 (RM1,003), manakala versi dilengkapi WiFi dan keupayaan selular pula berharga AS$459 (RM1,400). Bagi iPad mini 64GB dengan wi-fii dan keupayaan selular pula berharga AS$659 (RM2010). IPad mini turut dilengkapi kamera hadapan dan belakang sama seperti iPad. Tempahan iPad mini boleh dibuat bermula esok di AS. Proses penghantaran iPad mini versi Wi-Fi akan bermula pada 2 November 2012 depan ke beberapa buah negara di rantau Asia, Eropah dan Amerika.

Pada masa yang sama Apple turut memperkenalkan komputer tablet iPad generasi keempat pada harga bermula daripada AS$499 (RM1,522) bagi model 16GB dengan sambungan wi-fi.

Apple menjual lebih 100 juta iPad sejak dua setengah tahun lalu. Lebih 35 bilion pengguna juga telah memuat turun sebahagian daripada 275,000 aplikasi sedia ada bagi pengguna iPad. Apple mencetuskan fenomena pasaran komputer tablet dengan mememperkenalkan iPad pertamanya pada awal 2010.

Walaupun iPad mini paling murah ditawarkan pada harga AS$329, tetapi gajet tersebut masih lagi lebih mahal daripada komputer tablet keluaran Amazon, Google dan Samsung yang dijual pada harga bermula harga AS$199 (RM607).


Tags: , , , ,

Category: TEKNOLOGI

Comments are closed.