KLServer

KONTROVERSI MENARI TARIAN ‘PANAS’ – ANI MAYUNI BERI PENJELASAN

| Oct 25, 2012

Kontroversi Menari Tarian Panas – Ani Mayuni Beri Penjelasan | Penyanyi dangdut Ani Mayuni tidak menganggap aksi tariannnya yang dipersembahkan terarah kepada aksi tarian lucah. Sebaliknya apa yang dipersembahkan itu cuma sekadar hiburan.

“Bila saya diberi mandat untuk menghiburkan orang dengan lagu dangdut, tak akanlah saya cuma menyanyi sambil berdiri saja. Tak sesuai lah dengan irama dangdut. Ini cara saya. Tak akanlah saya nak buat gaya nasyid pula Sudah tentulah saya sedar apa yang saya buat. Saya tak fikir apa yang saya buat tu tak baik. Bagi saya itu tak lucah langsung. Sudah lebih 10 tahun saya menyanyi dan saya tahu mana yang okey dan tidak. Saya tahu batas-batasnya ketika membuat persembahan. Bagi saya, apa-apa pun niat tu yang penting”, katanya dalam akhbar Utusan Malaysia.

Ani mengulas mengenai isu yang timbul baru-baru ini dia dikatakan menarikan tarian murahan ketika membuat persembahan di pentas. Dalam bahasa kasar, tarian berunsur lucah. Bagaimapaun ibu beranak tiga ini juga tidak menolak kemungkinan ada yang salah faham walhal dia tidak berniat langsung untuk menyelitkan unsur lucah dalam tariannya.

Kalau pun ada orang anggap murahan sekali pun, dia tidak mahu ambil pusing tentang perkara itu. Tambahnya lagi kalau betul tariannya nampak murahan, masakan dia boleh buat persembahan dan jemputan dari Istana. Ani Mayuni turut menegaskan yang dia akan terus berdangdut selagi orang tak menyampah dengannya.


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Comments are closed.