RAKYAT KELANTAN PALING RAMAI MOHON KERJA MENERUSI SPA

| 25/10/2012 | 0 Comments

Rakyat Kelantan Paling Ramai Mohon Kerja Menerusi SPA | Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, rakyat Kelantan adalah yang paling ramai memohon pekerjaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sejak tiga tahun lalu. Katanya, sejak tahun 2009 sehingga tahun lalu seramai 495,000 daripada 1.2 juta pemohon pekerjaan dari Gred 1 sehingga Gred41 berasal dari negeri Kelantan.

Menurutnya lagi, sejak lima tahun lalu, seramai 12,831 pemohon dari Kelantan diterima bekerja di sektor pekerjaan di sektor awam. Beliau berpendapat, faktor peluang pekerjaan yang terhad di Kelantan adalah antara punca banyak permohonan diterima daripada rakyat negeri tersebut.

Bagaimanapun sehingga kini, SPA sentiasa terbuka dan memberi peluang yang sama rata kepada semua rakyat untuk mendapatkan pekerjaan. Pemilihan kakitangan awam adalah berdasarkan meritokrasi tanpa melihat keturunan, bangsa, agama, budaya dan pemohon anak kepada siapa.

p/s : rasanya faktor diatas tidak berapa kukuh sangat, cuma paling utama rakyat Kelantan mahukan kerja yang stabil dan ada masa depan.


Tags: , , , , ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published.