MULA191014TAMAT190115
KLServer

ROBBIE FOWLER BAKAL JADI JURULATIH, PENGURUS DAN PEMAIN T-TEAM 2013

| Oct 25, 2012

Robbie Fowler Bakal Jadi Jurulatih, Pengurus dan Pemain T-Team 2013 | Bekas bintang Liverpool, Robbie Fowler bakal mengendali pasukan berstatus kelab, T-Team jika segala rundingan dan persefahaman antara pihak pengurusan tiada sebarang masalah. Berita ini disahkan sendiri oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.

Bagaimanapun, Fowler harus menjalani beberapa ujian sebelum dilantik sebagai pengurus merangkap ketua jurulatih T-Team musim depan. Menurut laporan berkenaan, Fowler, 37, telah menyatakan kesanggupan untuk menggalas tanggungjawab tersebut, namun pihaknya masih belum mahu membuat sebarang keputusan.

“Sebelum membuat pelantikan, kita akan menilai terlebih dahulu dari pelbagai aspek termasuk kecergasan dan sebagainya. Dia (Fowler) sanggup berkhidmat di negeri ini (Terengganu) sebagai ketua jurulatih dan pengurus (T-Team). Namun, kita akan panggil untuk diuji,” jelas Ahmad yang juga menyatakan kapten skuad kebangsaan Ghana, Derek Boateng juga turut disebut-sebut bakal menghadiri sesi ujian tersebut bagi menggantikan tempat Yunus Alif.

Pada masa yang sama, Ahmad turut berharap isu mengenai kedudukan jurulatih, Peter James Butler bersama skuad Terengganu dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu. Katanya, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) diharap dapat buat keputusan mengenai perkara itu dalam tempoh tersebut. Bagaimanapun, Ahmad tetap mengulangi pendiriannya untuk tidak campur tangan dalam isu berkenaan, malah menyerahkan kepada PBSNT untuk menyelesaikan polemik yang berlaku.

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan bahawa hukuman penggantungan enam bulan yang dikenakan oleh PBSNT terhadap Butler tidak sah. Disebabkan itu, Butler menegaskan bahawa beliau masih merupakan jurulatih Terengganu yang sah kerana mempunyai kontrak dengan PBSNT. – Kosmo


Tags: , , , ,

Category: BOLASEPAK MALAYSIA

Comments are closed.