MULA191014TAMAT190115
KLServer
jadualpialaaff2014

SKUAD NEGERI SEMBILAN 2013 – 5 TONGGAK SAH BERHIJRAH

| Oct 26, 2012

Skuad Negeri Sembilan 2013 – 5 Tonggak Sah Berhijrah | Ini pula perkhabaran mengenai pasukan Negeri Sembilan untuk musim Liga Super 2013. Negeri Sembilan kehilangan lima tonggak termasuk bekas kapten, Mohd Shukor Adan dalam kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. Semua pemain terbabit berpindah ke pasukan lain selepas kontrak mereka dengan bekas juara Piala Malaysia itu tidak dilanjutkan.

Mohd Shukor akan menyertai Tentera, Farizal Marlias (Perak), S Kunanlan (Selangor), Jean-Emmanuel Effa Owona (Terengganu) dan pemain paling senior, Idris Karim yang belum menentukan hala tujunya.

Pemain yang masih kekal ialah Norhafiz Zamani Misbah, Shahurain Abu Samah, Mohd Alif Shamsuddin, Mohd Firdaus Azizul, Abdul Halim Zainal, Ahmad Shakir Md Ali, Mohd Zulfaizham Kamis, Norismaizham Ismail dan Muszaki Abu Bakar.

Menurut sumber, pemain luar yang bakal memperkuatkan barisan skuad Hobin Jang Hobin termasuk kapten dan penyerang Johor FC, Eddy Helmi Manan selain Azmeer Yusof dari Pos Malaysia, yang sebelum ini sebagai pemain pinjaman ketika saingan Piala Malaysia 2012.

Desas-desus yang mengatakan penyerang Selangor, Amri Yahyah, bakal menyarung jersi Negeri Sembilan, belum pasti kerana khidmat pemain itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), kelmarin, katanya semalam.

Mengenai ketua jurulatih bagi menggantikan Mohd Azraai Khor Abdullah, yang berpindah ke Perak, sumber itu berkata, bekas pengendali Persebaya FC, Divaldo Elves, antara beberapa nama disenaraikan mengendalikan pasukan, musim depan. – BH Online (Sukan)


Tags: , , , ,

Category: BOLASEPAK MALAYSIA

Comments are closed.